Timbalan menteri maldives flash

Timbalan menteri ditahan, dituduh amal ilmu hitam cuba ‘santau’ Presiden 

Timbalan menteri maldives flash

MALE – Seorang timbalan menteri di Kementerian Perubahan Iklim, Alam Sekitar dan Tenaga Maldives ditahan polis kerana didakwa menggunakan ‘ilmu hitam’ terhadap Presiden Mohamed Muizzu, lapor akhbar Revoi semalam. 

“Fathimath Shamnaz Ali Saleem ditahan pada Ahad bersama dua individu yang lain di ibu negara Male,” kata polis Maldives. 

Mereka direman selama tujuh hari sementara menunggu siasatan. 

Polis bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut mengenai penahanannya. 

Pada masa sama, beliau digantung daripada jawatan tersebut bersama bekas suaminya, Adam Rameez, yang juga seorang menteri di Pejabat Presiden Mohamed Muizzu. 

Selain Shamnaz, adik-beradiknya dan seorang lagi suspek turut ditahan pada 23 Jun lalu dan direman selama tujuh hari berikutan kehadiran mahkamah.

Menurut media tempatan, biarpun amalan ‘ilmu hitam’ bukan satu kesalahan jenayah di bawah undang-undang Maldives, pelaku boleh dijatuhkan hukuman penjara enam bulan di bawah undang-undang Islam. – AGENSI

 

The post Timbalan menteri ditahan, dituduh amal ilmu hitam cuba ‘santau’ Presiden  appeared first on Kosmo Digital.