Whatsapp image 2024 09 09 at 1. 52. 22 pm 1024x682 1

JPJ laksana JPJePlate bagi kegunaan ZEV

Whatsapp image 2024 09 09 at 1. 52. 22 pm

CYBERJAYA – Kementerian Pengangkutan (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini melaksanakan rekaan plat khas JPJePlate untuk kegunaan kenderaan tanpa pelepasan gas pencemaran atau Zero Emission Vehicle (ZEV) termasuk kenderaan elektrik (EV) baharu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pelaksanaan tersebut merupakan strategi serampang dua mata kerajaan sebagai insentif tambahan demi menggalakkan penggunaan kenderaan ZEV dan meneruskan langkah pendigitalan.

“Bermula hari ini iaitu 9 September, syarikat pengeluar dan pengedar kenderaan boleh menempah JPJePlate bagi pihak pelanggan yang telah membeli kenderaan ZEV baharu melalui laman sesawang jpjeplate.jpj.gov.my.

“JPJePlate tidak diwajibkan untuk kenderaan ZEV yang sudah berada di atas jalan, namun pemilik yang masih berminat boleh membuat tempahan seawal bulan November. Proses tempahan untuk pemilik semasa yang berminat akan dimaklumkan kelak,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran JPJePlate di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

The post JPJ laksana JPJePlate bagi kegunaan ZEV appeared first on Kosmo Digital.