Whatsapp image 2024 09 23 at 2. 18. 57 pm 1 1024x822 1

KPT pantau pensyarah, pelajar IPT terlibat GISBH

Whatsapp image 2024 09 23 at 2. 18. 57 pm 1

DUNGUN – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang melakukan pemantauan rapi menjejaki kemungkinan terdapat pensyarah dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara yang terlibat dengan GISBH Holdings Sdn. Bhd. (GISBH).

Timbalan Menteri KPT, Datuk Mustapha Sakmud berkata, tindakan tegas akan diambil sekiranya masih terdapat golongan terbabit yang onibersengkokol dengan organisasi terbabit.

“Kita sedang membuat pemantauan di kesemua IPT sama ada terdapat penglibatan (pensyarah dan pelajar) atau tidak (dalam aktiviti GISBH).

“Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat mereka terlibat,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan program Hari Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Pantai Timur di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin di sini hari ini.

Mustapha berkata, setakat ini KPT masih belum menerima sebarang maklumat berhubung penglibatan pensyarah dan pelajar IPT sebagai pengikut kumpulan itu.

Beliau berkata, pensyarah dan pelajar IPT tempatan tertakluk pada ketetapan majlis agama dengan menjalani kehidupan mengikut lunas Islam sebenar.- KOSMO! ONLINE

The post KPT pantau pensyarah, pelajar IPT terlibat GISBH appeared first on Kosmo Digital.