PEMBERITAHUAN AWAM PAMERAN LAPORAN EIA
Pemberitahuan Pameran Awam Bagi Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA)
Dimaklumkan bahawa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Malaysia sedang menilai Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) bagi
“LAPORAN PENILAIAN KESAN KEPADA ALAM SEKELILING (EIA) “PROPOSED BAYAN LEPAS LIGHT RAIL TRANSIT (LRT) SEGMENT 5 (ISLAND A)” UNTUK TETUAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG”
Orang awam adalah dijemput untuk memberi ulasan dengan mengemukakan maklum balas berdasarkan penelitian berkaitan Laporan EIA tersebut dalam tempoh pameran yang telah ditetapkan.
Laporan EIA ini akan dipamerkan dalam tempoh 5 Mac 2024 hingga 3 April 2024 dan ulasan awam sehingga 17 April 2024.
Laporan EIA ini turut dipamerkan di pusat pameran awam terpilih atau boleh dirujuk seperti butiran dibawah: