Lelaki ditemukan maut dalam kenderaan
KOTA BHARU: Seorang lelaki ditemukan maut selepas tidak sedarkan diri didalam sebuah kenderaan di hadapan deretan kedai di Pasar Cabang Tiga Pengkalan Chepa di sini malam tadi.
Mangsa yang berusia 45 tahun itu disahkan meninggal dunia pada pukul 10.30 malam hasil pemeriksaan oleh pihak kesihatan.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima panggilan berkait kejadian itu pada pukul 10.17 malam.
Menurutnya, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini untuk bedah siasatan.
“Hasil bedan siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat saluran darah jantung tersumbat.
“Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mohd. Rosdi memberitahu, pihaknya mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi bagi menghormati keluarga mangsa.-UTUSAN
The post Lelaki ditemukan maut dalam kenderaan appeared first on Utusan Malaysia.