
Peralihan Kepada EQMS
PERALIHAN KEPADA EQMS
MyEQMS (Malaysia Environmental Quality Management System)
MyEQMS ialah platform digital yang menyediakan data kualiti alam sekitar ambien secara masa nyata merangkumi kualiti udara, kualiti air sungai dan kualiti air marin di seluruh negara. Platform ini boleh diakses oleh semua pihak dan aorang awam.
Komponen Utama MyEQMS:
1. Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara (APIMS):
• 65 stesen automatik dan 3 stesen bergerak mencerap data setiap 15 minit
2. Sistem Pengurusan Indeks Kualiti Air Sungai (RQIMS):
• 30 stesen automatik mencerap data setiap 30 minit dan 1,353 stesen manual (6 kali setahun) memastikan pengurusan sumber air yang lestari.
3. Sistem Pengurusan Indeks Kualiti Air Marin (MQIMS):
• 10 stesen automatik (setiap 30 minit) dan 368 stesen manual menjalankan persampelan 6 kali setahun bagi memantau ekosistem marin dan biodiversiti negara.
MyEQMS membantu meningkatkan kesedaran awam, menyokong penyelidikan, serta memastikan pembangunan lestari selaras dengan Dasar Alam Sekitar Negara dan UN Sustainable Development Goals (UN-SDG).
Untuk maklumat lanjut, layari https://eqms.doe.gov.my atau hubungi 1-800-88-2727.