Senarai rasmi penerima Darjah Kebesaran, Bintang, Pingat sempena Hari Keputeraan Rasmi Agong

Bh01anugerah o bhfield image listing featured v2. Var 1780298119

KUALA LUMPUR: Berikut senarai rasmi penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2026 bersempena dengan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini.


DARJAH SERI SETIA MAHKOTA (SSM) – membawa gelaran Tun

1. Ketua Hakim Negara, Tun Wan Ahmad Farid Wan Salleh


DARJAH BAKTI (DB)

1. Atlet berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang

DARJAH PANGLIMA MANGKU NEGARA (PMN) – membawa gelaran Tan Sri

1. Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman

2. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail

3. Pengarah Eksekutif Country Garden Pacificview Sdn Bhd, Tan Sri Dr Daing Abdul Malek Daing Abdul Rahaman


DARJAH PANGLIMA SETIA MAHKOTA (PSM) – membawa gelaran Tan Sri

1. Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Johan Mahmood Merican

2. Ketua Setiausaha (KSU), Kementerian Luar Tan Sri Amran Mohamed Zin

3. Panglima Tentera Darat Jeneral, Tan Sri Azhan Md Othman

4. Panglima Tentera Udara Jeneral, Tan Sri Muhamad Norazlan Aris

5. Pemegang Amanah Urusan Yayasan Sultan Ibrahim Johor, Tan Sri Avinderjit Singh Harjit Singh


DARJAH PANGLIMA JASA NEGARA (PJN) – membawa gelaran Datuk

1. Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Leonard David Shim

2. KSU Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Aminuddin Hassim

3. KSU Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Hairil Yahri Yaacob

4. Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Zulfikri Osman

5. Duta Besar Malaysia ke Persekutuan Russia, Datuk Cheong Loon Lai

6. Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Dr Hazami Jahari

7. Aktivis masyarakat/pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) wanita, Datuk Rugayah Abdul Majid

8. Pengerusi MRANTI Corporation Sdn Bhd, Datuk Prof Dr Rofina Yasmin Othman

9. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Telekom Malaysia (TM), Datuk Amar Huzaimi Md Deris

10. Pengarah Eksekutif Country Garden Pacificview Sdn Bhd, Datuk Teo Chee Yow

LAGI GAMBAR


DARJAH PANGLIMA SETIA DIRAJA (PSD) – membawa gelaran Datuk

1. Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Afrika Selatan. Datuk Yubazlan Yusof

2. Setiausaha Sulit Kanan Kepada Yang di-Pertuan Agong. Datuk Jaba Mohd Noah

3. Juruiring Tentera Udara Yang di-Pertuan Agong. Brigedier Jeneral Datuk Amrul Yacob


DARJAH JOHAN MANGKU NEGARA (JMN)

1. Presiden Perbadanan Putrajaya. Datuk Mohd Sakeri Abdul Kadir

2. Ketua Jabatan Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial Hospital Kuala Lumpur. Dr Kok Tuck Choon

3. Setiausaha Bahagian, Bahagian Dasar Saraan dan Pengurusan Kementerian Kewangan. Mazlan Abd Mutalib

4. Timbalan KSU (Pengurusan & Pelaburan) Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Jaya Singam A. Rajoo

5. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Governan dan Pembangunan) Jabatan Pendidikan Tinggi, Nik Kamaruzaman Nik Husin

6. Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Pembetungan, Alias Mohamed

7. Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Zulkifli Hashim

8. Ketua Pengarah Jabatan Digital Negara, Nik Zalbiha Nik Mat

9. Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan, Omar Salleh

10. Pengarah Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan, Aniza Kamarulzaman

11. Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan Pekerjaan) Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Bahrudin Mamat

12. Ketua Jabatan dan Perunding Pakar Pediatrik Jabatan Pediatrik Hospital Selayang, Dr Tang Swee Ping


DARJAH JOHAN SETIA MAHKOTA (JSM)

1. Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan, Nooraini Kamaruddin

2. Setiausaha Bahagian, Bahagian Business Licensing Electronic Support System (Bless) Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Noor Lunar Md Salleh

3. Setiausaha Bahagian, Bahagian Teknologi Komunikasi Kementerian Komunikasi, Nik Yusaimi Yussof

4. Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Maklumat Kementerian Kesihatan, Rohayati Ramli

5. Timbalan Ketua Pengarah Penguat Kuasa (Operasi) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Shamsul Nizam Khalil

6. Pakar perunding radiologi Jabatan Radiologi Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Dr Laili Suriani Ab Latip

7. Pakar perunding perubatan ortopedik Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Dr Kamalruzaman Mohd Ali

8. Ketua Sekretariat Induk Logistik Asean (SILA 2025) Kementerian Luar, Raja Saifful Ridzuwan Raja Kamaruddin

9. Ketua Inspektor Biro Siasatan Kemalangan Udara Kementerian Pengangkutan, Brigedier Jeneral Tan Chee Kee

10. Pesuruhjaya Kanan Polis Penyelidikan dan Pembangunan Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, SAC Abdul Rahman Kassim

11. Bekas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja, Shanmugam Thiagarajan

12. Pengerusi Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia Puspanita Cawangan Negeri Johor, Puan Sri Dr Noor Azizah Abdul Latiff


DARJAH JOHAN SETIA DIRAJA (JSD)

1. Timbalan KSU (Khidmat Pengurusan) Kementerian Luar, Datin Paduka Anizan Adnin

2. Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Dasar dan Penyelarasan Kementerian Luar, Datuk Shariffah Norhana Syed Mustaffa


BINTANG KESATRIA MANGKU NEGARA (KMN)

1. Pengarah Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan, Dr Mohd Anuar Abdullah

2. Pakar perunding perubatan keluarga Klinik Kesihatan, Seri Iskandar Dr Zarina Baharin

3. Ketua Pegawai Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah Segamat, Abdul Rahman Kechik

4. Pegawai dietetik Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Nik Mahani Nik Mahmood

5. Ketua Seksyen Bahagian Audit Dalam Jabatan Perdana Menteri, Azhar Adnan

6. Timbalan Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (Nahrim), Dr Safari Mat Desa

7. Dekan Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan Universiti Malaysia Sabah, Prof Madya Dr Geoffrey Harvey Tanakinjal

8. Bekas Pengarah Bahagian Teknologi Hiliran Koko Lembaga Koko Malaysia, Suzannah Sharif

9. Ketua Pengarah Perancangan Strategik Markas Angkatan Tentera Malaysia, Brigedier Jeneral Ahmad Hafizal Hashim

10. Pegawai Memerintah Kd Sri Indera Sakti Tentera Laut Diraja Malaysia, Kapten Ananthan Tharmalingam

11. Bekas Pengarah Perancang Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Lee Lih Shyan

12. Timbalan Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis, SAC Zaihairul Idrus

13. Ketua Urusetia Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari

14. Atlet beregu campuran badminton negara, Goh Liu Ying

15. Atlet beregu badminton negara, Pearly Tan Koong Le

16. Atlet beregu badminton negara, Thinaah Muralitharan

17. Atlet powerlifting para negara, Bonnie Bunyau Gustin


LAGI GAMBAR

BINTANG KESATRIA SETIA DIRAJA (KSD)

1. Juruiring tentera kepada Sultan Johor, Kolonel Sheikh Ali Ahmad

2. Konsul Jeneral Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia-Jeddah Kementerian Luar, Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir

3. Juruiring kepada Permaisuri Johor, DSP Liyana Mohd Toff


BINTANG AHLI MANGKU NEGARA (AMN) – 32 penerima

PINGAT PANGKUAN NEGARA (PPN) – 44 penerima

PINGAT BENTARA SETIA DIRAJA (BSD) – 15 penerima

PINGAT JASA PERKASA PERSEKUTUAN (JPP) – Seorang Penerima

Jumlah penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2026 bersempena dengan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim tahun ini sebanyak 161 orang.

– BERNAMA

© New Straits Times Press (M) Bhd

Related Articles