Tiada kawasan catat bacaan IPU tahap baik

26 jerebu

26 jerebu

PETALING JAYA: Tiada kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap baik setakat pukul 12 tengah hari ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Azuri Azizah Saedon berkata, kualiti udara di beberapa kawasan dalam negara juga masih mencatatkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat.

“65 kawasan mencatatkan status kualiti udara pada tahap sederhana dan empat kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat pada hari ini.

“Antara kawasan yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat ialah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian (161), Samarahan (155), Kuching (118), dan Johan Setia (107),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, menurut peta Jerebu Serantau yang dikeluarkan oleh ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) pada 16 Ogos menunjukkan titik panas bertaburan dikesan di kebanyakan kawasan di Kalimantan manakala titik panas terpencil dikesan di Pulau Jawa, Kepulauan Sunda Kecil, Sulawesi dan bahagian selatan Sumatera.

Menurutnya, JAS telah mengambil inisiatif mempertingkatkan lagi penguasaan dan membuat rondaan harian ke kawasan-kawasan yang berpontensi berlakunya pembakaran terbuka selain memantau bacaan IPU dari masa ke semasa.

Beliau turut menasihati orang ramai tidak melakukan pembakaran terbuka atau membiarkan tanah atau premis kepunyaan mereka dimasuki atau dicerobohi oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan pembakaran terbuka untuk tujuan tertentu atau dengan tidak sengaja. – UTUSAN

The post Tiada kawasan catat bacaan IPU tahap baik appeared first on Utusan Malaysia.

Related Articles