Banjir berlaku selepas AS henti program bahaya alam sekitar

Nepal rumah

Nepal rumah

WASHINGTON: Banjir dahsyat yang berlaku di Nepal pada Rabu minggu lalu berlaku selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menghentikan pembiayaan bagi satu program bahaya alam semula jadi di negara Himalaya itu.

Pentadbiran Trump menghentikan program itu pada Januari tahun lalu yang turut memantau kawasan berisiko tinggi tanah runtuh di Nepal. 

Walaupun program itu tidak mampu menghalang bencana yang berlaku minggu lalu, ia merupakan langkah awal untuk mewujudkan perlindungan sedemikian pada masa depan, ketika keperluannya dijangka semakin meningkat.

Bencana banjir itu menggambarkan bahaya yang semakin meningkat akibat kehidupan di kawasan pergunungan seperti Himalaya ketika planet ini terus menjadi semakin panas akibat pencemaran iklim yang berpunca daripada aktiviti manusia. 

Peningkatan suhu menyebabkan glasier menjadi tidak stabil, selain meningkatkan risiko tanah runtuh, banjir kilat dan banjir akibat limpahan tasik glasier.

Runtuhan glasier itu mengorbankan lebih 1,000 orang dan menyebabkan 4,300 lagi masih hilang. 

Pentabiran Trump itu turut menghentikan Projek SERVIR-Hindu Kush Himalaya.

Menurut bekas pengarah projek itu, Birendra Bajracharya, Projek SERVIR-Hindu Kush Himalaya bertujuan mengenal pasti kawasan yang terdedah kepada tanah runtuh dan risiko lain yang semakin kerap berlaku akibat perubahan iklim.

Beliau berkata, kontrak program itu pada asalnya dijadualkan berlangsung sehingga tahun ini, 

“Usaha untuk melengkapkan sistem pengesanan pergerakan cerun bagi membuat ramalan tanah runtuh juga tidak dapat dilakukan,” katanya. – AGENSi

The post Banjir berlaku selepas AS henti program bahaya alam sekitar appeared first on Utusan Malaysia.

Related Articles