AMR ancaman serius kesihatan awam

Dr sazali123

Kerintangan anti mikrob (AMR) semakin menjadi ancaman serius kepada kesihatan awam apabila Organisma Rintang Pelbagai Ubat (MDROs), yang lazimnya dikenali sebagai superbugs, menyebabkan jangkitan yang semakin sukar dirawat.

Jangkitan ini boleh menyebabkan tempoh pemulihan yang lebih panjang, kos rawatan lebih tinggi dan peningkatan risiko komplikasi atau kematian, sekali gus memerlukan lebih banyak sumber daripada sektor penjagaan kesihatan.

Walaupun garis panduan pencegahan jangkitan telah tersedia bagi memastikan pematuhan yang konsisten tetapi ia masih menjadi cabaran, antaranya disebabkan oleh infrastruktur hospital yang lama, pengudaraan yang tidak mencukupi dan juga sistem air yang berusia juga boleh meningkatkan risiko jangkitan.

Selain kebersihan tangan dan pembersihan permukaan, tekstil perubatan, singki dan saliran juga berpotensi menjadi tempat pembiakan mikro organisma berbahaya.

Sehubungan itu, usaha memperkukuh kawalan jangkitan memerlukan penggunaan antibiotik yang bertanggungjawab, pembasmian kuman yang berkesan dan pemantauan yang lebih menyeluruh, di samping penyelesaian berasaskan nanoteknologi yang dapat memberikan perlindungan lebih tahan lama terhadap MDROs.

Bersandarkan isu tersebut, Pengurus Penyelidikan dan Pembangunan Biorism Holdings Sdn.Bhd., Dr Woon Jia Jie dan Pakar Perubatan Dalaman dan Penyakit Berjangkit serta Ketua Jabatan Kawalan Jangkitan di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr. Sazali Basri memperincikan perkara tersebut dalam satu temubual melalui emel di Petaling Jaya baru-baru ini.

Dr woon

KOSMO!: Bagaimana MDROs berubah dalam beberapa tahun kebelakangan ini, khususnya di kawasan berisiko tinggi seperti Unit Rawatan Rapi (ICU)?
SAZALI: Kemunculan kerintangan anti mikrob (AMR) adalah ancaman besar kepada kesihatan global dan berkembang dengan lebih cepat akibat penggunaan ubat antimikrob yang tidak wajar serta berlebihan.
Dalam tempoh sedekad yang lalu, kita menyaksikan peningkatan yang ketara dan membimbangkan dalam kes jangkitan yang disebabkan oleh MDROs, yang sering dirujuk sebagai superbugs. AMR bukanlah isu baharu dan telah lama wujud, namun ia terus menyumbang kepada peningkatan kes komplikasi kesihatan serta kematian di seluruh dunia. Tanpa pencegahan yang berterusan dan berkesan, kesannya dijangka menjadi lebih serius pada masa hadapan.
Jangkitan seperti ini semakin mencabar untuk dirawat ke­rana kewujudan MDROs boleh ­menyebabkan tempoh pemulihan yang lebih panjang, peningkatan kos rawatan serta risiko komplikasi dan kematian yang lebih tinggi, sekali gus memerlukan lebih banyak sumber daripada sektor penjagaan kesihatan.Secara purata, kira-kira seorang daripada 10 pesakit yang dima­sukkan ke hospital boleh mengalami HAI, dengan risiko yang lebih tinggi dalam ICU.
Pesakit di ICU lebih mudah terdedah kerana kebiasaannya mempunyai pelbagai masalah kesihatan dengan sistem imun yang lemah. Faktor ini mewujudkan persekitaran yang membo­lehkan organisma rintang muncul dan merebak dengan le­bih mudah.

Apakah antara cabaran yang dihadapi dalam ­usaha mencegah ­penyebaran jangkitan dalam persekitaran hospital?
MDRO adalah penyumbang utama kepada HAI termasuklah di Malaysia. Pencegahan jangkitan di hospital bukanlah berkaitan dengan kekurangan pengetahuan tentang langkah yang perlu diambil.

Bukti saintifik telah tersedia dan garis pan­duan pencegahan jangkitan yang jelas juga telah diwujudkan. Cabaran yang lebih besar ialah memastikan amalan tersebut dilaksanakan secara konsisten dalam rutin harian. Tahap pematuhan boleh dipengaruhi oleh jurang kesedaran, ketidaksela­rasan dalam mengikuti prosedur, budaya keselamatan yang masih perlu diperkukuh serta kekurangan akauntabiliti.

Tekanan operasi se­perti beban kerja yang tinggi, kekurangan tenaga kerja dan kesesakan kemudahan boleh menyukarkan petugas kesihatan untuk mengekalkan langkah pencegahan jangkitan secara konsisten.

Selain itu, sebahagian kemudahan penjagaan kesihatan yang lebih lama mungkin tidak direka bentuk untuk memenuhi keper­luan kawalan jangkitan masa kini.

Kekurangan bilik penga­singan, wad yang sesak, pengudaraan yang tidak mencukupi serta sistem paip yang berusia boleh meningkatkan risiko penyebaran jangkitan.

Penggunaan antibiotik yang tidak sesuai dan berlebihan turut mempercepatkan AMR, menjadikan jangkitan lebih sukar dirawat apabila ia berlaku.
Kita perlu memahami bahawa pencegahan jangkitan merupakan tanggungjawab bersama.

Apabila petugas kesihatan, pesakit dan masyarakat memainkan peranan masing-masing, usaha menyediakan penjagaan kesihatan yang lebih selamat akan menjadi lebih berkesan.Teknologi baharu juga boleh melengkapi dan memperkukuhkan langkah pencegahan jangkitan yang sedia ada.

Apabila membincangkan kawalan jangkitan, penekanan sering diberikan kepada ke bersihan tangan dan pember sihan permukaan. Adakah terdapat aspek lain yang kurang diberi perhatian tetapi sama penting dalam mencegah jangkitan?

Kebersihan tangan dan persekitaran yang bersih kekal sebagai perkara utama yang sering ditekankan, namun kedua- duanya hanyalah sebahagian daripada keseluruhan pendekatan pencegahan jangkitan. Terdapat beberapa aspek lain yang kurang ketara tetapi boleh menyumbang kepada risiko jangkitan sekiranya tidak diberi perhatian sewajarnya.

Salah satu aspek yang sering terlepas pandang ialah keperluan untuk memastikan AMS dan Kawalan Pencegahan Jangkitan (IPC) dilaksanakan secara bersama. Mencegah jangkitan dapat mengurangkan keperluan penggunaan antibiotik, manakala penggunaan antibiotik yang betul pula membantu memperlahankan kemunculan AMR.

Pandemik turut menekankan kepentingan pengudaraan yang baik dan kualiti udara dalaman.

Aliran udara yang sesuai boleh membantu mengurangkan penyebaran sesetengah jangkitan pernafasan dalam persekitaran penjagaan kesihatan.Tekstil perubatan juga merupakan aspek yang perlu diberi perhatian.

Tekstil seperti pakaian seragam petugas kesihatan, cadar katil, langsir dan pakaian pesakit sentiasa bersentuhan dengan pesakit serta petugas kesihatan sepanjang hari.

Walaupun proses cucian standard telah dilaksanakan, tekstil masih boleh menjadi tempat pembiakan mikroorganisma sekiranya proses pengendalian dan penyimpanan tidak diuruskan dengan baik. Keadaan ini boleh menyebabkan patogen kekal dan berpotensi tersebar dalam persekitaran penjagaan kesihatan.

Aliran udara yang sesuai boleh membantu mengurangkan penyebaran sesetengah jangkitan pernafasan dalam persekitaran penjagaan kesihatan.

Tekstil perubatan juga merupakan aspek yang perlu diberi perhatian. Tekstil seperti pakaian seragam petugas kesihatan, cadar katil, langsir dan pakaian pesakit sentiasa bersentuhan dengan pesa­kit serta petugas kesihatan sepanjang hari.

Adakah benar bahawa pembasmi kuman yang berkesan boleh menghalang pemindahan AMR antara mikro organisma?
WOON JIA JIE: Ya, benar bahawa pembasmi kuman yang berkesan dapat membantu mengurangkan risiko pemindahan AMR antara mikroorganisma. Namun begitu, adalah penting untuk memahami bagaimana perkara ini berlaku dan mengapa proses pembasmian kuman yang betul amat penting.

Dari perspektif kebersihan, pembasmi kuman memainkan peranan penting dalam memutuskan rantaian pencemaran mikrob di persekitaran seperti hospital, kemudahan awam, industri makanan, dan rumah.

Apabila permukaan tidak dibasmi kuman dengan sempurna akibat keberkesanan produk yang rendah atau penggunaan yang tidak betul, bakteria boleh terus hidup, membiak, dan bertukar gen kerintangan antara satu sama lain melalui proses seperti pemindahan gen secara mendatar (horizontal gene transfer).

Keadaan ini membolehkan ciri kerintangan merebak daripada satu mikroorganisma kepada mikroorganisma lain, sekali gus berpotensi menghasilkan patogen yang lebih sukar dirawat.

Pembasmi kuman yang berkesan bertindak dengan mengurangkan atau menghapuskan mikroorganisma berbahaya pada permukaan dengan cepat sebelum ia sempat membiak, berinteraksi dan memindahkan gen kerintangan.

Seiring perkembangan nanoteknologi, pembasmi kuman pada masa kini telah direka bagi memanjangkan tempoh keberkesanan pembasmian kuman dengan menggabungkan bahan aktif daripada pembasmi kuman konvensional ke dalam nanopartikel.

Usaha ini membolehkan ciri-ciri pembasmian kuman dipanjangkan, justeru, menyokong perlindungan antimikrob yang lebih tahan lama. -KOSMO! ONLINE

The post AMR ancaman serius kesihatan awam appeared first on Kosmo Digital.

Related Articles