Hanya Kangar catat bacaan IPU pada tahap baik

Lead pg3 050926 ptj agong perkenan darurat done

Lead pg3 050926 ptj agong perkenan darurat done

PETALING JAYA: Hanya stesen Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kangar, Perlis mencatatkan rekod kualiti udara pada tahap baik iaitu 38 setakat pukul 3 petang tadi.

Menurut data portal Sistem Pengurusan Kualiti Alam Sekitar (MyEQMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS) kawasan IPD Serian dan Samarahan, Sarawak kekal mencatatkan tahap IPU sangat tidak sihat iaitu masing-masing pada 245 dan 234.

Sarawak kekal negeri paling terjejas dengan 10 kawasan lain turut mencatatkan bacaan tidak sihat iaitu Sarikei (197), Kuching (194), Sibu (184), Sri Aman (183), Mukah (180), Samalaju (173), ILP Miri dan Bintulu (167), Miri (166) dan Limbang (151).

Di Sabah, kawasan Politeknik Kota Kinabalu mencatatkan rekod bacaan 159, Kimanis (153) dan Kota Kinabalu (152) sementara Labuan di Wilayah Persekutuan Labuan (154).

Di Selangor dan Wilayah Persekutuan, Johan Setia merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 188, diikuti Shah Alam (168), Putrajaya (162), Batu Muda (161), Klang (160), Cheras (159), Kuala Selangor (159), Petaling Jaya dan Banting (158).

Sementara itu di Perak, Sri Manjung (164) dan Tasek Ipoh (162). Tanjung Malim pula mencatatkan IPU iaitu 160, Pegoh Ipoh (155) dan Taiping (153), manakala di Pahang, Temerloh mencatatkan IPU (137) manakala di Pulau Pinang, Minden (138).

Di Negeri Sembilan, Nilai mencatatkan bacaan tidak sihat iaitu 164, Seremban (162) dan Port Dickson (134).

Turut merekodkan bacaan tidak sihat ialah Bukit Rambai, Melaka dengan IPU (156), Alor Gajah (154), Bandaraya Melaka (131) manakala di Johor, Segamat (157), Batu Pahat (156), Tangkak (153) dan Kluang (126).

Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat.

Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti di luar bangunan serta memakai penutup muka sekiranya perlu berada di kawasan terbuka. – UTUSAN

The post Hanya Kangar catat bacaan IPU pada tahap baik appeared first on Utusan Malaysia.

Related Articles