16 pelajar MRSM JB keracunan makanan

WhatsApp Image 2025 05 03 at 20.20.44 e1746274939428 1024x755 1

WhatsApp Image 2025 05 03 at 20.20.44 e1746274939428

JOHOR BAHRU – Kira-kira 16 orang pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Johor Bahru, di sini disyaki keracunan makanan setelah mengalami gejala muntah-muntah, cirit-birit dan demam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon berkata, Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru diarahkan untuk mengambil tindakan lanjut susulan menerima maklumat berhubung insiden itu, 2 petang tadi.

“16 pelajar yang mengalami gejala telah dihantar ke beberapa fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta.

“Bahagian Keselamatan Makanan, Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru sudah bergerak ke MRSM berkenaan untuk menjalankan siasatan,” katanya ketika sidang media di Majlis Perasmian JumpX di sebuah pusat beli belah di Bandar Dato Onn, di sini hari ini.

Tian Soon berkata, insiden itu dilaporkan bermula sejak malam tadi dan sehingga petang tadi terdapat 16 orang sahaja yang bergejala.

Katanya, walaupun punca keracunan masih belum diketahui, namun ia dipercayai makanan dari kantin dan sampel akan diambil oleh pihak pejabat kesihatan.

“Sementara ini, kita akan nasihat supaya operasi kantin berhenti sementara untuk kerja pembersihan dahulu, sehingga mendapat persetujuan bahagian kesihatan, barulah dibenarkan untuk beroperasi semula,” katanya.-KOSMO! ONLINE

The post 16 pelajar MRSM JB keracunan makanan appeared first on Kosmo Digital.

Related Articles