Ekspo Genting SustainBiz F&B sasar 3,000 pengunjung
PETALING JAYA – Resorts World Genting (RWG) menyasarkan seramai 3,000 pengunjung dari serata rantau ini bakal membanjiri Ekspo Genting SustainBiz F&B (makanan dan minuman) yang bakal berlangsung di Genting Highlands pada 10 hingga 12 September depan.
Ekspo berkenaan merupakan pameran perdagangan masa depan mampan yang dianjurkan buat pertama kali oleh RWG.
Menurut Naib Presiden Kanan Jualan dan Pemasaran & MICE (mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran) RWG, Spencer Lee, pihaknya menyasarkan 80 pempamer serta 100 pembeli tempatan dan antarabangsa pada ekspo tersebut.
“Ekspo selama tiga hari ini disokong oleh Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) sebagai rakan strategik dan VISA Malaysia sebagai penaja platinum.
“Ekspo ini turut menyediakan penginapan dan kemudahan bertaraf dunia kepada pengembara perniagaan, mewujudkan rangkaian peluang perniagaan, bengkel percuma dan juga perkhidmatan kecerdasan buatan (AI),” katanya kepada dalam majlis sidang akhbar di sini, hari ini.
Tambah Lee, Genting SustainBiz dijangka bakal menarik minat pelabur, penyokong alam sekitar, ahli akademik dan pembuat dasar, selain golongan profesional dan usahawan dalam sektor F&B. – KOSMO! ONLINE
The post Ekspo Genting SustainBiz F&B sasar 3,000 pengunjung appeared first on Kosmo Digital.