Grab Malaysia lancar ‘Kerana ASEAN’ sokong kepimpinan Malaysia dalam ASEAN

Grab201

Grab Malaysia baru-baru ini mengumumkan pelancaran kempen ‘Kerana ASEAN’, sebuah kerjasama strategik dengan Kementerian Luar Negeri Malaysia (KLN).

Kempen ini bertujuan mempertingkat kesedaran awam mengenai peranan penting Malaysia selaku pengerusi ASEAN dan sumbangannya dalam memupuk kerjasama serta integrasi serantau.

Kempen ‘Kerana ASEAN’ mencerminkan komitmen Grab terhadap prinsip alam sekitar, sosial, dan tadbir urus (ESG) di seluruh Asia Tenggara.

Melalui inisiatif ini, Grab juga berhasrat membina rantau yang lebih mampan, inklusif dan berhubung secara digital, selaras dengan misi syarikat untuk memperkasa komuniti.

‘Kerana ASEAN’ adalah tonggak utama inisiatif #GrabBersamaASEAN yang menyokong visi dan tema kepimpinan kerajaan tentang keterangkuman dan kemampanan.

Inisiatif pelbagai dimensi ini direka untuk mendidik rakyat Malaysia dan komuniti ASEAN tentang kepentingan kerjasama serantau dan peranan kepimpinan Malaysia.

Ia juga bertujuan menyerlahkan bagaimana rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada integrasi dan kerjasama ASEAN.

“Sebagai jenama tempatan, Grab amat berbesar hati melancarkan kempen ‘Kerana ASEAN’ selaku rakan strategik Kementerian Luar Negeri Malaysia,” kata Pengarah Urusan Grab Malaysia, Adelene Foo.

“Melalui inisiatif ini, kami berhasrat untuk menerjemahkan keutamaan serantau peringkat tinggi kepada manfaat nyata yang bermakna kepada rakyat Malaysia.

“Ini sejajar dengan misi kami untuk memperkasa komuniti yang kami layani melalui teknologi yang mudah diakses dan inklusif, memacu masa depan yang lebih terangkum dan mampan.

“Kami berharap dapat mengukuhkan integrasi ASEAN dan memastikan manfaatnya disampaikan kepada komuniti di seluruh rantau ini.”

Pencapaian ESG Grab, bina ekosistem inklusif

Ketua Pegawai Eksekutif Grab, Anthony Tan menyokong visi Sidang Kemuncak ASEAN untuk masa depan yang lebih terangkum dan mampan. – FOTO Grab Malaysia

Selaras dengan pelancaran ‘Kerana ASEAN’, Grab Malaysia turut menjadi sebahagian daripada pameran khas sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46.

Ruang pameran ini menampilkan beberapa teknologi inklusif terkini Grab serta komitmen ESG di seluruh rantau, sejajar dengan tema kepimpinan Malaysia dalam ASEAN 2025 iaitu Keterangkuman dan Kemampanan.

Antara teknologi yang dipamerkan termasuk AI Merchant Assistant, sebuah alat dinamik dan peka konteks yang direka untuk memacu perkembangan serta melancarkan operasi rakan niaga dalam ekosistem Grab.

Penyelesaian ini memberikan pandangan peribadi, cadangan yang boleh dilaksanakan dan sokongan sembang interaktif bagi memperkasa rakan niaga untuk membuat keputusan bermaklumat.

Selain itu, AI Driver Companion turut diperkenalkan bagi menyediakan cadangan masa nyata kepada rakan pemandu tentang lokasi berdekatan yang mempunyai permintaan lebih tinggi dan masa menunggu yang lebih singkat.

Ini bertujuan mengoptimumkan kecekapan pemandu, mengurangkan masa terbiar dan meningkatkan peluang pendapatan.

Komitmen ESG Grab juga diserlahkan melalui beberapa pencapaian penting.

Pada tahun 2024, rakan pemandu dan rakan niaga Grab memperoleh $12.8 bilion dengan lebih 99 peratus rakan pemandu mencapai atau melebihi gaji minimum tempatan setiap jam selain turut menyerap 600,000 perniagaan mikro, kecil dan sederhana ke dalam ekosistemnya.

Ini sekali gus membuktikan inisiatif mewujudkan peluang pendapatan yang mampan.

Grab juga berusaha untuk memecahkan halangan bagi peluang saksama dengan 135,000 rakan Orang Kurang Upaya (OKU) dan rakan pemandu wanita memperoleh pendapatan melalui Grab pada tahun 2024 di seluruh rantau.

Dalam usaha memacu pengurangan sisa pada skala besar, Grab turut menempatkan 18 Reverse Vending Machines (RVM) yang digerakkan oleh kecerdasan buatan (AI) di seluruh Lembah Klang bersama KLEAN, F&N, MRANTI dan Asasrama yang berjaya mengalihkan 9,898 kilogram sisa plastik.

Di samping itu, Jaya Grocer memperluas inisiatif pili botol susu boleh isi semula Farm Fresh yang mengurangkan lebih 7,000 kilogram kertas pakai buang dan menjual lebih 220,000 liter susu dalam botol kaca boleh isi semula.

Kempen ‘Kerana ASEAN’ akan berlangsung sepanjang tahun dengan pelbagai aktiviti dirancang merentasi platform digital dan fizikal bagi memastikan mesej ini sampai kepada seluruh lapisan masyarakat.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Related Articles