husin 1024x683 1

Kebakaran paip gas: Laporan awal diketahui dua minggu lagi

husin

SUBANG JAYA – Laporan penuh siasatan awal kebakaran paip gas di Putra Height di sini dijangka akan diketahui dalam tempoh dua minggu lagi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ini berikutan kerja-kerja penstabilan masih dilakukan susulan struktur atau landskap asal berkenaan telah rosak.

Katanya, letupan gas itu telah menyebabkan kawah sedalam lapan meter dan selebar 70 diameter.

“Kerja-kerja untuk dua atau tiga hari ini adalah bagi menstabilkan lokasi letupan. Selepas itu, baru dapat korek dapatkan keterangan fizikal segi paip, ada bahan letupan atau lain-lain yang boleh digunakan pakai bagi siasatan teknikal Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan polis.

“Ini bagi mengetahui penyebab berlakunya letupan itu,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau turut menjelaskan, pihak Jabatan Kerja Raya turut menganggarkan laporan penuh bersama agensi-agensi lain akan diperolehi dalam dua minggu kemudian.

“Ini disebabkan keadaan yang kompleks dan tidak boleh dilihat secara terus dan perlu stabilkan dulu kawasan yang menghasilkan lubang besar,” katanya. -KOSMO! ONLINE

The post Kebakaran paip gas: Laporan awal diketahui dua minggu lagi appeared first on Kosmo Digital.