Kebakaran paip gas: Selangor taja separuh kos cantuman kulit, melecur

WhatsApp Image 2025 04 30 at 3.12.59 PM 1024x682 1

WhatsApp Image 2025 04 30 at 3.12.59 PM

SHAH ALAM – Kerajaan negeri akan menaja separuh daripada kos bantuan kesihatan rawatan termasuk cantuman kulit penduduk yang terjejas dalam insiden letupan dan kebakaran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya dekat sini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perkara itu diselaraskan Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor, Jamaliah Jamaluddin yang akan melakukan proses semak silang senarai mangsa tersebut.

Katanya, ini termasuk sama ada dirawat di hospital awam seperti Hospital Putrajaya dan Cyberjaya mahu pun di hospital swasta.

“Kita baru dapat maklumat ini pada minggu lalu hasil kunjungan dan siasatan Ng Sze Han (Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor) di beberapa institusi (hospital).

“Kalau rawatan biasa tak apa, kadang-kadang ada rawatan perlukan pencantuman kulit dan terbakar 30 peratus serta sebagainya yang memerlukan proses lebih panjang,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Amirudin menegaskan, kerajaan negeri akan menaja sebahagian daripada kos rawatan itu.

“Ini disebabkan berkemungkinan sebahagian mereka (mangsa) mempunyai insurans dan sebagainya.

“Angkanya belum kita muktamadkan tetapi dalam saya rasa dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dua minggu lagi boleh putuskan berapa ramai kita hendak bagi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Kebakaran paip gas: Selangor taja separuh kos cantuman kulit, melecur appeared first on Kosmo Digital.

Related Articles