KPKM rangka pelan induk ternakan babi tangani isu alam sekitar

eec73c77 7e4c 41d7 87d9 9a7a520d528d 1024x736 1

eec73c77 7e4c 41d7 87d9 9a7a520d528d

SEBERANG PERAI – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang merangka pelan induk industri penternakan babi yang komprehensif sebagai langkah menangani isu alam sekitar, sekali gus mengelakkan ia berkembang menjadi isu perkauman.

Timbalan Menterinya, Datuk Chan Foong Hin berkata, garis panduan diyakini bakal memperkukuh pengurusan industri berkenaan secara menyeluruh.

“Saya berterima kasih kepada kerajaan negeri Pulau Pinang yang membantu memimpin untuk menunjukkan kepada kita cara menguruskan sisa dengan bertanggungjawab kerana secara asasnya, isu ini adalah isu alam sekitar.

“Tetapi jika kita tidak menguruskannya dengan baik, dikhuatiri ia akan beralih kepada beberapa isu lain antaranya isu sosial, dan yang paling kita takuti ia akan menjadi isu kaum dan agama.

“Jadi, sangat penting untuk penternak babi dan pemain industri berkaitan untuk belajar daripada pengalaman dan cara kerajaan negeri ini menguruskannya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran Projek Fasiliti Biogas Kampung Valdor yang disempurnakan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow di sini, hari ini.

Ketika diminta mengulas cadangan larangan operasi ladang babi di Selangor, Foong Hin memaklumkan tahap sara diri (SSL) daging babi negara kini berada pada 65 peratus.

Menurut beliau, pelaksanaan larangan penuh di negeri itu tidak dijangka memberi impak besar terhadap SSL dalam masa terdekat memandangkan kekurangan bekalan boleh ditampung melalui import.- KOSMO! ONLINE

The post KPKM rangka pelan induk ternakan babi tangani isu alam sekitar appeared first on Kosmo Digital.

Related Articles