WhatsApp Image 2025 02 25 at 10.39.31 AM 1024x768 1

MB Kelantan tegur nelayan buang sampah di jeti Tok Bali

WhatsApp Image 2025 02 25 at 10.39.31 AM

PASIR PUTEH – Orang ramai terutamanya nelayan disarankan agar tidak membuang sampah sarap ke dalam sungai atau kawasan jeti pendaratan ikan apabila tindakan itu boleh merencatkan kelestarian alam.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, agama Islam mengajar umatnya memelihara alam sekitar sebagai satu amanah daripada Allah SWT.

Menurutnya, ia termasuk dalam erti syukur kepada nikmat yang diberikan selain tiada manfaat dan kebaikan sekiranya pembangunan persekitaran sungai dilaksanakan dengan pesat, namun disiplin menjaga kebersihan sungai diabaikan.

“Tiada gunanya membangunkan dan membina sebuah jeti untuk suatu kemudahan, tetapi keindahan alam sekitar termasuk sungai-sungai yang terdapat di negeri ini tidak dijaga dengan baik.

“Selain kepentingan ekologi di sungai, aset semula jadi ini berpotensi besar dalam pembangunan ekonomi dan pelancongan apabila diurus tadbir dengan terancang, katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Jeti Pelancongan Tok Bali sempena sambutan Hari Sungai Sedunia di sini semalam.

Mohd. Nassuruddin memberitahu, Tok Bali mempunyai keunikan tersendiri dengan keindahan alam dan memiliki potensi ekonomi yang boleh dimanfaatkan secara mampan.

Menurutnya, sehubungan itu, kerajaan negeri berharap Jeti Pelancongan Tok Bali bakal menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dan ruang perniagaan yang sekali gus meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat.- KOSMO! ONLINE

The post MB Kelantan tegur nelayan buang sampah di jeti Tok Bali appeared first on Kosmo Digital.