Memperteguh komuniti: PETRONAS memacu impak sosial lestari seiring aspirasi negara

PETRONAS202 0

Kuala Lumpur: Apabila titik-titik dihubungkan, terbuka ruang untuk peluang baharu, potensi ditingkatkan dan kehidupan diperkasa. 

Di seluruh negara, bakat muda terus melangkah mengejar ilmu, jurang peluang semakin dirapatkan melalui akses inklusif kepada latihan keusahawanan dan kemahiran teknikal, manakala inisiatif lestari yang digerakkan bersama membantu memperbaiki persekitaran tempat kita hidup.

Impak sebegini hanya tercetus apabila banyak pihak bersatu, dan kemajuan lebih bermakna apabila dinikmati dalam jangka panjang. 

Berpegang pada keyakinan ini, PETRONAS terus meletakkan kesejahteraan pemegang taruh dan kemampanan masa depan sebagai asas tindakannya — sambil membina legasi bersama komuniti yang disokongnya, ke arah ekosistem inklusif yang membolehkan semua orang maju, demi Malaysia dan seterusnya.

PETRONAS memperkasakan ilmu

Di sebalik peranannya sebagai pembekal tenaga, PETRONAS terus memberi kesan positif kepada masyarakat dengan memperkukuh komuniti dan menyokong pembangunan sosial, serta ekonomi negara dalam menghadapi peralihan tenaga. 

Salah satu tonggak utama strategi ini memberi tumpuan kepada peluasan akses pendidikan berkualiti dan pembangunan bakat berkemahiran tinggi dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). 

Program Duta Guru menyasarkan untuk melahirkan 4,500 guru sebagai role model STEM menjelang 2030, memperkukuh kualiti pengajaran dalam bidang berkenaan. 

Setakat ini, 1,269 peserta telah mendapat manfaat melalui latihan intensif, bimbingan profesional dan pendekatan pedagogi inovatif, dengan aspirasi untuk menginspirasikan lebih ramai pelajar menceburi bidang berteknologi tinggi. 

Program BeDigital Bootcamp memfokus kepada pelajar tahun akhir universiti melalui modul literasi digital dan kebolehpasaran kerjaya.

Program ini memperkasa peserta dengan kemahiran profesional, penambahbaikan profil CV dan pemahaman landskap keusahawanan digital. 

Sehingga kini, 414 peserta telah terbabiti dalam bidang AI Generatif, Keselamatan Siber serta Asas Keusahawanan dan Kerjaya Digital, sekali gus memperkukuh keperluan graduan dan industri yang semakin menuntut kemahiran digital dan pemikiran analitik.

Sementara itu, Tech4All pula memperluas akses pembelajaran STEM secara pengalaman di kawasan luar bandar dan komuniti terpinggir. 

Program ini telah merapatkan jurang pendidikan bagi 743 individu, melalui aktiviti interaktif yang menjadikan STEM lebih mudah difahami dan menarik. 

PETRONAS memacu kehidupan 

Program ini telah memberi manfaat kepada 387 isi rumah, membolehkan mereka menikmati enam jam tambahan pencahayan pada waktu malam, bersamaan 847,530 jam cahaya setahun. Selain itu, lima buah kampung membabitkan 181 keluarga telah mendapat akses air bersih melalui pemasangan 21 sistem Waterlily dan 20 fasilitasi sanitasi baharu.

Tonggak kedua strategi Pengurusan Impak Sosial PETRONAS bertujuan menyokong kesejahteraan komuniti melalui pembangunan sosioekonomi dan peluang pendapatan yang lebih mampan, melalui bekalan tenaga boleh diperbaharui dan akses air bersih kepada penduduk luar bandar dan kawasan pendalaman. 

Program ini telah memberi manfaat kepada 387 isi rumah, membolehkan mereka menikmati enam jam tambahan pencahayaan pada waktu malam, bersamaan 847,530 jam cahaya setahun.

Selain itu, lima buah kampung membabitkan 181 keluarga telah mendapat akses air bersih melalui pemasangan 21 sistem Waterlily dan 20 fasilitasi sanitasi baharu.

PETRONAS%202%20%28I%29Melalui inisiatif Rays of Hope, keperluan asas seperti tenaga solar dan akses air bersih disediakan untuk kemudahan penduduk luar bandar dan kawasan pedalaman.

Bantuan Bencana PETRONAS juga menyediakan sokongan sebelum, semasa dan selepas bencana. 

Setakat ini, seramai 6,094 individu telah menerima bantuan pakej penjagaan, kit keluarga, peralatan pembersihan serta sokongan pemulihan pascabencana. 

Bot dan aset logistik lain turut disalurkan mengikut keperluan negeri dan tahan kecemasan. Pendekatan ini memastikan komuniti lebih bersedia, cepat pulih dan lebih tahan terhadap risiko bencana. 

PETRONAS turut membangunkan ekonomi komuniti luar bandar dan golongan muda melalui latihan teknikal dan keusahawanan. 

Sehingga kini, 45 komuniti di Sarawak dan Kedah telah diperkasa melalui pelbagai program kemahiran yang telah memberikan manfaat kepada 3,857 orang.

Di peringkat nasional, 2,812 peserta telah diperkasa melalui program di bawah SEEd.Lab yang bertujuan  membangunkan Usahawan Sosial. 

Program ini menyokong komuniti B40 dan belia, meningkatkan pendapatan serta daya saing, terutamanya dalam ekonomi berasaskan kemahiran dan inovasi. 

PETRONAS menyemai masa hadapan

Di bawah tonggak ketiga ini, PETRONAS terus memacu inisiatif berimpak tinggi bagi pemeliharaan alam sekitar dan pembangunan komuniti. 

Ini termasuk melalui 12 program kutipan minyak masak terpakai yang dijalankan di Lembah Klang, Sabah, Pulau Pinang dan Kuantan, dimana minyak masak terpakai diproses menjadi biodiesel yang dapat mengurangkan pencemaran. 

Sementara itu, 600 peserta telah diperkasakan melalui latihan kemahiran teknikal dan ekonomi kitaran untuk menjana pendapatan di Bintulu, Kota Kinabalu dan Kemaman.

Di samping menjadi salah satu usaha pemeliharaan alam sekitar, Inisiatif Used Cooking Oil turut membantu pembangunan ekonomi dimana ia menjana pendapatan tambahan ke pada komuniti.

PETRONAS%203 0Disamping menjadi salah satu usaha pemeliharaan alam sekitar, Inisiatif Used Cooking Oil turut membantu pembangunan ekonomi dimana ia menjana pendapatan tambahan kepada komuniti.

PETRONAS juga melaksanakan program pemuliharaan biodiversiti, termasuk penanaman pokok di bawah kempen Penanaman 100 Juta Pokok, pelepasan 30,000 anak ketam yang meningkatkan hasil biomas sebanyak 10 peratus serta penyediaan 40 Fish Aggregating Devices (FAD) bagi menyokong komuniti nelayan. 

Pendekatan holistik ini merangkumi tenaga bersih, ekonomi kitaran dan pemuliharaan biodiversity, membuktikan komitmen PETRONAS sebagai rakan pembangunan negara yang bertanggungjawab dan berimpak tinggi.

PETRONAS percaya bahawa ketiga-tiga tonggak strategi Pengurusan Impak Sosial menjadi asas penting dalam memperkasa rakyat, membina komuniti lebih berdaya tahan, memelihara khazanah alam serta memastikan setiap individu turut merasai manfaatnya.

Kepercayaan ini diterjemahkan melalui usaha berterusan yang berpaksikan keperluan sebenar komuniti, dengan tumpuan kepada nilai jangka panjang dan kesejahteraan bersama.

Usaha ini bukan sekadar pelaksanaan program, sebaliknya merupakan janji kolektif yang ditunaikan, hasil kerjasama erat, komitmen bersama dan kepercayaan bahawa kemajuan yang bermakna hanya dapat dicapai apabila semua pihak bergerak seiring.

Dengan pendekatan berasaskan impak dan pemberdayaan, PETRONAS terus menyumbang secara positif kepada pembangunan sosial dan ekonomi negara. 

Melalui Strategi Pengurusan Impak Sosialnya juga, PETRONAS memacu impak sosial yang mendalam serta memperkasa setiap lapisan komuniti.

PETRONAS berbangga menjadi pemangkin kepada pertumbuhan yang benar-benar dikongsi bersama, sebuah legasi yang dibina seiring langkah, demi Malaysia yang lebih bertenaga, berdaya tahan dan mampan untuk semua, kini dan pada masa hadapan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Related Articles