KUNTO AJI e1724747419274

‘Tangki kapal terbang bocor, syukur masih ada umur’

KUNTO AJI e1724747419274

PENYANYI Kunto Aji dan anggota band Nidji berdepan detik mencemaskan apabila pesawat dinaiki mengalami kebocoran tangki bahan bakar.

Ketika kejadian, pesawat tersebut bergerak dari landasan terminal tiga Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Jakarta untuk ke Pekanbaru, Riau.

Penyanyi dan komposer itu merakamkan situasi yang menunjukkan tumpahan minyak di landasan dari sudut sayap pesawat sebelum memuat naik video dalam aplikasi X dan Instagramnya.

“Astaghfirullah, pesawat saya bocor begini, mujur disedari, tak jadi terbang,” tulisnya pada keterangan video.

Dalam rakaman tersebut, jelas kelihatan bahan bakar mengalir deras di landasan ketika ‘take-off’.

“Nyawa saya baru sahaja diselamatkan, syukur masih ada umur. Pusing balik tak jadi terbang. Seram sangat,” katanya.

Kunto dan Nidji kemudian mengambil penerbangan lain untuk mengadakan persembahan di Riau.

The post ‘Tangki kapal terbang bocor, syukur masih ada umur’ appeared first on Kosmo Digital.