Sahara hujan1

Gurun Sahara bertukar subur, hijau

Sahara hujan1

ALGIERS – Satu rakaman imej satelit menunjukan tumbuhan hijau meliputi selatan Gurun Sahara yang merupakan salah sebuah kawasan paling kering di dunia, lapor laman berita CNN kelmarin.

Ia berlaku selepas kawasan itu dilanda hujan ribut yang luar biasa .

Imej satelit Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik Amerika Syarikat (AS), merakam imej itu dari angkasa, semalam.

Pada kebiasaannya,  kawasan itu gersang tetapi selepas ribut bergerak di selatan Sahara, kawasan itu bertukar menjadi hijau. 

Ribut itu juga telah menyebabkan banjir besar. 

Saintis-saintis berkata, pemanasan dunia akibat pencemaran bahan api fosil menjadikan kedua-duanya lebih berkemungkinan mengakibatkan hujan.

Fenomena itu ditandai dengan peningkatan cuaca ribut yang berlaku apabila udara tropika lembap berdekatan khatulistiwa bertemu udara panas dan kering dari bahagian utara Benua Afrika.

Tumpuan untuk cuaca ribut itu dikenali sebagai sebagai Zon Pertemuan Antara Tropika dan berlaku pada musim panas di Hemisfera Utara. 

Sebahagian besar zon tersebut beralih ke selatan khatulistiwa semasa musim panas di Hemisfera Selatan. – AGENSI

The post Gurun Sahara bertukar subur, hijau appeared first on Kosmo Digital.