Whatsapp image 2024 09 10 at 1. 13. 31 pm 1024x681 1

Pencemaran kimia: Seorang masuk hospital, 24 lagi diberi rawatan di sekolah

Whatsapp image 2024 09 10 at 1. 13. 31 pm

JOHOR BAHRU – Seorang murid perempuan tahun tiga dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) akibat terhidu bahan kimia ketika di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Maju Jaya di sini semalam.

Seramai 24 lagi murid dan tujuh guru pula telah diberikan rawatan di sekolah berkenaan selepas turut terkesan dengan bau tersebut.

Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, Zaini Kasirin berkata, murid tersebut telah dihantar ke hospital kerana semput akibat terhidu bau bahan kimia di Sungai Tebrau yang terletak bersebelahan sekolah.

“Pada pukul 12 malam (sebelum kejadian) sudah mula bau kuat di Sungai Tebrau di sekitar Kampung Maju Jaya.

“Apabila saya hantar anak ke sekolah, bau semakin kuat menyebabkan semua murid dan guru tidak selesa untuk belajar,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Pencemaran kimia: Seorang masuk hospital, 24 lagi diberi rawatan di sekolah appeared first on Kosmo Digital.