Kampung di kawasan tebrau johor bahru 1024x768 1

SK Kampung Maju Jaya ditutup, pencemaran dikesan

Kampung di kawasan tebrau johor bahru

JOHOR BAHRU – Sekolah Kebangsaan Kampung Maju Jaya, di sini telah diarah tutup serta-merta selepas dilaporkan berlaku kejadian pencemaran di kawasan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor, Aznan Tamin mengesahkan perkara tersebut.

“Maklumat lanjut akan diumumkan Kementerian Pendidikan (KPM). Jumlah individu terjejas melibatkan seramai 1,024 murid, 64 guru dan juga Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) seramai enam orang,” ujarnya ringkas.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse berkata, Kampung Tawakal dan Kampung Maju Jaya merupakan antara lokasi terkini yang dilaporkan berlaku kejadian pencemaran akibat pembuangan sisa kimia.

Katanya, bau busuk bahan kimia yang terhasil telah menjejaskan kesihatan beberapa penduduk di kawasan berkenaan dengan antara gejala kesihatan yang dilaporkan termasuklah pening kepala dan muntah-muntah.

Beberapa hari lalu, media melaporkan beberapa kawasan di Skudai di sini turut terjejas dengan insiden pencemaran akibat pembuangan sisa kimia dikenalpasti sebagai ammonia. – KOSMO! ONLINE

The post SK Kampung Maju Jaya ditutup, pencemaran dikesan appeared first on Kosmo Digital.