Kes tibi di Johor terkawal, tiada SOP tambahan di bazar Ramadan

Tibi johor 1024x768 1

Tibi johor

PONTIAN – Peniaga dan pengunjung di bazar Ramadan tidak dikenakan prosedur operasi standard (SOP) tambahan susulan kes tuberkulosis atau tibi di negeri ini dilaporkan masih berada dalam keadaan terkawal.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Ling Tian Soon berkata, pengurusan kes tibi di Johor dilaksanakan mengikut SOP sedia ada yang jelas, termasuk rawatan, pemantauan serta susulan rapi terhadap pesakit di Klinik Kesihatan.

“Setiap daerah dilaporkan mempunyai kes tibi, namun semuanya di bawah kawalan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan jika ada pesakit, mereka akan dirawat dibilik khas dan dipantau secara berterusan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program walkabout keselamatan makanan dan lawatan ke Bazar Ramadan Stadium Mini Pontian, di sini, petang ini.

Terdahulu, media melaporkan sebanyak 3,161 kes tuberkulosis (Tibi) direkodkan di seluruh negara sehingga Minggu Epidemiologi ke-6 (ME-6/2026), dengan 596 jangkitan baharu dilaporkan dalam tempoh pemantauan terbaharu. – KOSMO! ONLINE

The post Kes tibi di Johor terkawal, tiada SOP tambahan di bazar Ramadan appeared first on Kosmo Digital.

Related Articles