Buang air sisa domestik ke laut, JAS siasat hotel Pulau Perhentian

Whatsapp image 2026 06 03 at 12. 06. 22 pm 1024x581 1

Whatsapp image 2026 06 03 at 12. 06. 22 pm

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu telah mengarahkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) agar menyiasat dakwaan sebuah hotel di Pulau Perhentian, Besut dekat sini membuang air dipercayai sisa domestik secara langsung ke dalam laut.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu, Datuk Razali Idris berkata, siasatan terperinci sedang dilakukan agensi tersebut.

“Saya hanya mengetahuinya selepas melihat klip video mengenainya yang dikongsi di media sosial. Makluman awal pihak terlibat menjelaskan kerja-kerja membaik pulih dan penambahbaikan sistem (pembuangan air sisa domestik) sedang giat dijalankan,” katanya di sini hari ini.

Razali berkata, biarpun apa alasannya, kerajaan negeri Terengganu tidak akan berkompromi dengan sebarang pelanggaran mencemarkan alam sekitar khususnya di lokasi tumpuan pelancong. – KOSMO! ONLINE

The post Buang air sisa domestik ke laut, JAS siasat hotel Pulau Perhentian appeared first on Kosmo Digital.

Related Articles