JPJ beri amaran tak lagi sokong himpunan RXZ

E277c229 rxz members terengganu bernama 230825 3
Rxz members terengganu
Jpj berkata pihaknya bertanggungjawab jaga kepentingan awam bukan kepentingan peserta atau penganjur himpunan rxz members. (gambar bernama)

PETALING JAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi amaran tidak akan lagi menyokong himpunan RXZ Members susulan rungutan terhadap sikap segelintir pesertanya menunggang melulu sehingga mengundang bahaya pengguna lain.

Ketua Pengarah Aedy Fadly Ramli, berkata pengguna jalan raya di beberapa negeri mula menyuarakan rasa tidak puas hati kepada pihak berkuasa bukan sahaja menyebabkan kesesakan lalu lintas, malah mengabaikan keselamatan.

“JPJ menjaga kepentingan awam, bukan kepentingan peserta dan bukan kepentingan penganjur. Jadi kalau ada tindakan-tindakan yang membahayakan orang awam, kita akan ambil tindakan.

“Selepas ini, sekiranya masih berlaku perkara sama, kita tidak akan menyokong program ini untuk diadakan lagi. Kita mahu memastikan peserta berhemah di jalan raya dan pengguna jalan raya yang lain tidak marah kepada peserta-peserta,” katanya menurut Kosmo, di Alor Setar.

Pada 31 Julai, dilaporkan tiga penunggang motosikal maut dan dua parah dalam empat nahas berasingan di tiga daerah di Kuantan, ketika berkonvoi untuk menghadiri Program RXZ Members 8.0 di Kuala Terengganu.

Selain itu, seorang remaja lelaki yang melecur 60% selepas motosikal dinaiki bersama ibunya dirempuh sebuah motosikal peserta himpunan RXZ Members 8.0 pada Jumaat lalu, hari ini ditidurkan bagi menjalani prosedur perubatan, lapor Sinar Harian.

Motosikal jenis Honda Beat ditunggang wanita itu dirempuh sebuah motosikal Yamaha RXZ sehingga menyebabkan berlaku tumpahan minyak dan kebakaran.

Related Articles