NEEAP 2.0 sasar penjimatan RM85 bilion, wujud 29,000 pekerjaan

8966854c 68e0 471f 8226 23df8daebaa2 akmal nasrullah mohd nasir emel pic 110826
8966854c 68e0 471f 8226 23df8daebaa2 akmal nasrullah mohd nasir emel pic 110826
Akmal nasrullah mohd nasir (tengah) memegang buku dokumen neeap 2. 0 sebagai simbolik pelancaran, bersama abdul rahman mohamad, wan ahmad dahlan abdul aziz, mad zaidi mohd karli dan mareena mahpudz.

PETALING JAYA: Pelaksanaan Dasar dan Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara 2026-2035 (NEEAP 2.0) dijangka menjana penjimatan tenaga bersih RM85 bilion serta mewujudkan kira-kira 29,000 peluang pekerjaan baharu.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) memaklumkan pelan 10 tahun yang dilancarkan semalam itu itu turut dijangka menarik RM36 bilion pelaburan swasta.

Menurutnya, NEEAP 2.0 adalah kesinambungan pelan tindakan terdahulu dan akan dilaksanakan sehingga 2035 bagi meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dalam sektor industri, komersial dan domestik.

“Keutamaan terus diberikan kepada sektor-sektor berimpak tinggi dalam merangsang pertumbuhan ekonomi negara, selain memastikan penyertaan seluruh lapisan rakyat.

“Sasaran strategik NEEAP 2.0 ialah peningkatan kecekapan penggunaan tenaga elektrik dan termal sebanyak 11.6% berbanding keadaan biasa (Business-As-Usual) bersamaan dengan anggaran penjimatan tenaga kumulatif sebanyak 815,000 terajoule (TJ).

“Anggaran penjimatan NEEAP 2.0 ini adalah setara dengan keperluan bagi menampung keseluruhan bekalan tenaga elektrik bagi seluruh Semenanjung Malaysia selama hampir dua tahun” katanya dalam kenyataan.

Dari segi alam sekitar, Petra berkata pelaksanaan NEEAP 2.0 dianggarkan dapat mengurangkan pelepasan karbon bersamaan 26 juta tan karbon dioksida menjelang 2035.

NEEAP 2.0 dilancarkan sempena perasmian Sidang Kemuncak Tenaga Lestari Antarabangsa (ISES) 2026, sebagai rangka kerja strategik yang menetapkan fasa seterusnya bagi inisiatif kecekapan tenaga Malaysia.

ISES 2026 dirasmikan Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir, dengan pelancaran NEEAP 2.0 turut berlangsung pada majlis berkenaan.

Turut hadir Timbalan Menteri Petra Abdul Rahman Mohamad; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam merangkap pengerusi SEDA Malaysia Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Petra Mad Zaidi Mohd Karli,Ketua Pegawai Eksekutif SEDA Malaysia, Hamzah Hussin dan Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) Petra Mareena Mahpudz.

Layari pautan ini https://www.petra.gov.my/ untuk maklumat lanjut.

Related Articles