Mampukah penulis muda mengisi kelompangan karya sastera?

Sastera budaya paling baru pbakl2026 6743 1 new

Ramai beranggapan karya sastera sesuatu yang berat.

Bercakap tentang bahan penulisan sastera, timbul persoalan sama ada masih terdapat golongan muda membaca atau minat kepada sastera tetapi berdepan kekangan masa dan wang.

Meski pun golongan muda masih membaca karya sastera tetapi genre yang dibaca mungkin sesuai dengan jiwa mereka sahaja atau berkenaan dengan minat masing masing masing.

Persoalannya adakah mereka sanggup membaca karya berat dan lebih penting, mampukah mereka menghasilkan karya berat.

Seorang penulis muda Nor Hairul Nizam Wahid mengakui hakikat bawah golongan muda masih membaca dan pasarannya tetap ada, tetapi mereka selektif memilih bahan bacaan. Beliau menulis dan menjual sendiri karya karya karya beilau.

Terdapat golongan muda pula yang memilih buku langka atau yang jarang ditemukan iaitu jenis buku lama edisi terhad seperti buku terpakai.

Jika ini berlaku, risikonya industri buku boleh merudum menunjukkan minat kepada karya baharu semakin berkurang melainkan karya tersebut dihasilkan penulis tersohor.

“Ada penulis ternama menghasilkan apa juga jenis buku dan ditunggu oleh pembaca, “ katanya merujuk kepada seorang penulis barat Teme Abdullah.

“Beliau ini buat (tulis) apa juga buku. tetap mendapat sambutan kerana pengikutnya ramai” ujarnya yang sudah menghasilkan buku Saat Kukibarkan Bendera Putih (2022), Anja (2024).

Beliau juga yakin industri buku masih relevan kerana masih ramai rakyat Malaysia membaca buku, berdasarkan kepada penganjuran pesta-pesta buku atau pameran buku yang masih mendapat sambutan.

“Masyarakat kita masih membaca buku berdasarkan apa yang kita lihat ibu bapa masih membawa anak anak mereka membeli atau mengunjungi pesta atau kedai buku,“ ujarnya lagi.

Seorang lagi penulis Salina Ibrahim pula memandang dari sudut lain dan berpendapat isu golongan muda tidak membaca tidak seharusnya menyebabkan penulis muda merajuk untuk terus berkarya.

“Saya tidak nampak sebab mengapa penulis muda perlu “merajuk”. Semua penulis melalui proses yang sama, mereka perlu berkarya, membina nama dan cuba dapatkan tempat di media, terbitkan karya dalam bentuk buku.

Dari kiri alya fansuri alin irgimnordn hairul nizam wahid new baru 600x213 1

“Semua penulis melalui perkara ini kerana ada masa karya diterima, ada masa tidak dan kalah dalam sayembara itu perkara biasa.

“Kalau kalah, itu bermakna mungkin karya tidak cukup baik, maka mesti cuba lagi dan selalu perbaiki karya. Kalau merajuk, sendiri rugi, “ ujarnya

Sayembara atau anugerah untuk menggalak penulis penulis muda terus berkarya juga masih dianjurkan. Sebagai contoh, inisiatif Institut Terjemahan dan Buku Negara (ITBM) beberapa tahun lepas, masih menganjurkan sayembara penulisan untuk penulis umur bawah 45 tahun.

Selain itu kata beliau, jika penulis muda masih memerlukan anugerah , Dewan Bahasa Pustaka (DBP) masih anjurkan Hadiah Tunas Cipta, untuk penulis muda.

Begitu juga Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) bagi penulis bawah 21 yang masih ada sampai sekarang. Maka golongan muda perlu juga sentiasa menulis dan ada yang berkarya secara senyap-senyap.

Senario golongan muda jarang menghadiri program sastera juga bukan bermaksud memulaukan acara tersebut, sebaliknya mereka mempunyai kerja hakiki yang lain dan berbeza dengan penulis berusia yang kerap menghadiri majlis tersebut.

Mengenai isu pembaca daripada golongan muda, dapatan kajian Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama DBP bertajuk Kajian Persepsi Belia terhadap Novel Terbitan DBP sesuatu yang menarik untuk dirujuk.

Antara dapatan kajian tersebut adalah kalangan belia majoritinya memilih novel genre percintaan, seram atau misteri dan sains fiksyen serta fantasi yang paling mendapat sambutan.

Genre lain seperti alam sekitar, sosial dan falsafah menunjukkan minat yang lebih rendah dalam kalangan belia.

Ini menunjukkan genre yang diminati itu perlu terus dihasilkan sebagai bahan bacaan golongan tersebut.

Selain itu, terdapat potensi untuk mengadaptasi genre novel yang popular ke dalam bentuk media lain seperti filem dan siri televisyen.

Sementara itu seorang pelajar UPM yang berkongsi pandangan mengenai isu sama ada golongan belia masih membaca, Alyana Fansuri mengakui dia masih membaca novel dan cerpen kerana menurutnya melalui pembacaan, dia dapat menambah pengetahuan am dan dapat menjana idea lebih baik.

“Tambahan lagi, saya merupakan pelajar pendidikan Bahasa Melayu, jadi melalui bacaan ini dapat membantu saya untuk memperoleh kosa kata yang pelbagai,“ ujarnya.

Alya membaca pelbagai tema, salah satunya tema kekeluargaan, persahabatan dan lebih kepada kasih sayang.

“Tema- tema ini dekat dengan kehidupan saya, jadi ia mudah untuk saya memahami mesej yang ingin disampaikan dan memahami emosi dalam karya tersebut. Dalam masa yang sama saya boleh ambil pengajaran dan iktibar daripada kisah tersebut,” ujarnya sambil memberitahu memperuntukkan RM15 dan tidak melebihi RM40 untuk membeli sebuah buku.

The post Mampukah penulis muda mengisi kelompangan karya sastera? appeared first on Utusan Malaysia.

Related Articles