IPU terus meningkat hampiri bacaan 500 di Serian
![]()
PETALING JAYA – Keadaan jerebu di beberapa kawasan di Sarawak terus membimbangkan apabila Serian, Samarahan, Sri Aman dan Kuching merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tinggi berdasarkan kemas kini Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Berdasarkan bacaan APIMS, IPD Serian merekodkan IPU 476, diikuti Samarahan (330), Sri Aman (326) dan Kuching (317) setakat pukuk 8.20 pagi ini, sekali gus meletakkan keempat-empat kawasan berkenaan dalam kategori bahaya.
Bacaan IPU melebihi 300 dikategorikan sebagai bahaya, manakala bacaan antara 201 hingga 300 diklasifikasikan sebagai sangat tidak sihat.
Selain empat kawasan terbabit, beberapa lokasi lain di Sarawak turut merekodkan bacaan sangat tidak sihat termasuk Sarikei (267), Sibu (219) dan Mukah (214).
Pada masa sama, 14 kawasan membabitkan enam negeri iaitu Sarawak (Samalaju, Miri, ILP Miri, Kapit,Bintulu dan Limbang), Kedah (Sungai Petani), Labuan, Pulau Pinang (Seberang Jaya, Seberang Perai dan Minden), Sabah (Tawau dab Politeknik Kota Kinabalu) serta Perak (Taiping) mencatatkan bacaan IPU melebihi 100 kategori tidak sihat. – KOSMO! ONLINE
The post IPU terus meningkat hampiri bacaan 500 di Serian appeared first on Kosmo Digital.