4 kawasan Sarawak catat IPU bahaya, Serian tertinggi 476

4d532b3b 2031 42d9 b958 1acf8e71dddc jerebu serian sarawak bernamapic 310826
4d532b3b 2031 42d9 b958 1acf8e71dddc jerebu serian sarawak bernamapic 310826
Tiga lagi kawasan yang merekodkan kualiti udara berbahaya ialah samarahan (330), sri aman (326) dan kuching (317). (gambar bernama)

PETALING JAYA: Empat kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tahap bahaya setakat 8 pagi ini.

Menurut portal Sistem Pengurusan IPU Jabatan Alam Sekitar, bacaan IPU di Serian kini 476, disusuli Samarahan (330), Sri Aman (326) dan Kuching (317).

Tiga lagi kawasan di Sarawak merekodkan IPU tahap sangat tidak sihat, iaitu Sarikei (267), Sibu (219) dan Mukah (214).

Kualiti udara di 14 kawasan mencapai tahap tidak sihat, dengan Samalaju tertinggi (181), diikuti Miri (170), Institut Latihan Perindustrian Miri (168), Kapit (164), Bintulu (162), Limbang (159), Sungai Petani di Kedah (157), Labuan (156), Seberang Jaya (155), Seberang Perai (154), Minden di Pulau Pinang dan Tawau di Sabah (152), Taiping di Perak (141) dan Politeknik Kota Kinabalu (116).

Bacaan IPU 0 hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 dikategorikan bahaya.

Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan bacaan daripada 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.

Related Articles