Lima kawasan di Sarawak IPU tahap bahaya
![]()
PETALING JAYA: Lima kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap berbahaya dengan Serian mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 415.
Berdasarkan maklumat Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), setakat pukul 6 pagi tadi, Kuching merekodkan bacaan IPU 405 diikuti Samarahan (369), Sri Aman (355) dan Sarikei (328).
Ini menunjukkan jerebu di Sarawak semakin memburuk dan kualiti udara di kawasan terkesan berada pada tahap membimbangkan.
Selain itu, empat lagi kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan IPU pada tahap sangat tidak sihat iaitu Sibu dengan 298, Mukah (228), Samalaju (218) dan Bintulu (221).
Sementara itu, empat kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat dengan ILP Miri mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 184 diikuti Miri (178), Kapit (176) dan Limbang (166).-UTUSAN
The post Lima kawasan di Sarawak IPU tahap bahaya appeared first on Utusan Malaysia.