Kualiti udara di Sarawak bertambah baik

PETALING JAYA: Kualiti udara di Sarawak bertambah baik hari ini dengan hanya tiga kawasan merekodkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tahap bahaya setakat 8 pagi ini.
Menurut portal Sistem Pengurusan IPU Jabatan Alam Sekitar, bacaan IPU tertinggi direkodkan di Serian (320), diikuti Kuching (318) dan Samarahan (302).
Lima kawasan lain di Sarawak mencatatkan bacaan IPU tahap sangat tidak sihat, iaitu Sibu (292), Sarikei (283), Mukah (241), Bintulu (226) dan Sri Aman (214).
Kualiti udara di 16 kawasan mencapai tahap tidak sihat, iaitu Samalaju (196), Kapit (187), Politeknik Kota Kinabalu (185), Institut Latihan Perindustrian Miri (183), Labuan dan Miri (181), Kota Kinabalu (179), Kimanis (175), Keningau di Sabah dan Limbang di Sarawak (173), Johan Setia di Selangor (161), Sandakan (152), Putrajaya (148), Nilai (137), Tawau (123) dan Seremban (116).
Kimanis dan Keningau (156), Tawau (132) dan Johan Setia di Selangor (123).
Bacaan IPU 0 hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 dikategorikan bahaya.
Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan bacaan daripada 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.