6 kawasan di Sarawak catat IPU bahaya

64861681 d4f7 4e0b 91d9 79fee9448c0a jerebu sarawak bernama 090826
Jerebu sarawak
Bacaan indeks pencemaran udara tertinggi direkodkan di serian (408), diikuti kuching (407), samarahan (372), sri aman (361), sarikei (333) dan sibu (309). (gambar bernama)

PETALING JAYA: Enam kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tahap bahaya setakat 8 pagi ini.

Menurut portal Sistem Pengurusan IPU Jabatan Alam Sekitar, bacaan IPU tertinggi direkodkan di Serian (408), diikuti Kuching (407), Samarahan (372), Sri Aman (361), Sarikei (333) dan Sibu (309).

Tiga kawasan di Sarawak turut mencatatkan bacaan IPU tahap sangat tidak sihat, iaitu Mukah (234), Bintulu (232)dan Samalaju (225).

Kualiti udara di sembilan kawasan pula mencapai tahap tidak sihat, iaitu Institut Latihan Perindustrian Miri (187), Miri (180), Kapit (178), Labuan (167), Limbang (166), Kimanis dan Keningau (156), Tawau (132) dan Johan Setia di Selangor (123).

Bacaan IPU 0 hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 dikategorikan bahaya.

Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan bacaan daripada 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.

Related Articles