IPU di Serian kembali ke tahap bahaya

4d532b3b 2031 42d9 b958 1acf8e71dddc jerebu serian sarawak bernamapic 310826
Jerebu serian
Bacaan indeks pencemaran udara di serian, sarawak mencecah 302, kembali ke tahap bahaya pagi ini. (gambar bernama)

PETALING JAYA: Kualiti udara di Serian, Sarawak kembali ke tahap bahaya dengan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) direkodkan setakat 9.15 pagi ini mencecah 302.

Menurut portal Sistem Pengurusan IPU Jabatan Alam Sekitar, tiga lagi kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan IPU sangat tidak sihat, iaitu Kuching (249), Sri Aman (235) dan Samarahan (233).

Tujuh lagi kawasan di Sarawak merekodkan bacaan IPU tidak sihat yang tidak melebihi 200, iaitu Mukah (184), Sarikei (183), Samalaju (178), Bintulu (170), Institut Latihan Perindustrian Miri (169), Sibu (166) dan Miri (165).

Lapan kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur turut mencatatkan bacaan IPU tidak sihat membabitkan Johan Setia (168), Shah Alam (164), Banting (159), Batu Muda (158), Klang (156), Cheras (155), Petaling Jaya (154) dan Kuala Selangor (152).

Sepuluh lagi kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan IPU tidak sihat, iaitu Tasek Ipoh (161) dan Seri Manjung di Perak (159), Nilai di Negeri Sembilan (157), Tanjung Malim di Perak (156), Putrajaya (155), Pegoh di Perak dan Seremban di Negeri Sembilan (152), Alor Gajah (143) dan Bukit Rambai di Melaka (141) serta Labuan (118).

Sebanyak 24 kawasan lain di seluruh negara mencatatkan IPU sederhana dan hanya Kangar serta Langkawi mencapai IPU tahap baik, iaitu 48 serta 34.

Bacaan IPU 0 hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 dikategorikan bahaya.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memperkenan menamatkan darurat yang diisytiharkan di Serian pada Jumaat lalu.

Related Articles