Ybr 1024x557 1

100 sukarelawan YBR bantu bersih, ceriakan Zoo Melaka

Ybr

PETALING JAYA – Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan kerjasama Pertubuhan Peduli Waghih Negeri Sembilan telah mengadakan program membersihkan kawasan sekitar Zoo Melaka.

Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, program khidmat bakti siswa di bawah Program Community Heroes YBR itu melibatkan 100 orang sukarelawan yang terdiri daripada pelajar tajaan YBR.

Jelasnya, antara aktiviti program tersebut adalah melibatkan pembersihan dan menceriakan Kawasan zoo untuk keselesaan kepada pengunjung.

“Inisiatif yang dijalankan memberi peluang kepada golongan belia untuk membina ilmu baru, membangunkan jati diri serta membantu kepada pembangunan dan kebajikan masyarakat.

“Program ini bukan sahaja dapat melahirkan generasi belia yang prihatin dan penyayang, tetapi juga berupaya bertindak sebagai penebat atau pendinding kepada golongan remaja daripada terjebak dalam gejala negatif yang mampu menjejaskan keharmonian negara,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Syaiful Rizal berkata, program itu juga merupakan salah satu tanggungjawab sosial YBR melalui perkembangan kemahiran bagi meningkatkan kualiti hidup manusia dan alam sekitar.

Antara aktiviti yang telah dijalankan semasa program itu berlangsung termasuklah memberi makan kepada haiwan, membaikpulih taman permainan serta memberi pendedahan kepada sukarelawan yang terlibat.

“YBR percaya usaha kelestarian ini dapat membantu mewujudkan ekosistem yang
mampan untuk generasi muda, serta memupuk semangat sukarelawan dalam kalangan belia,”tambahnya.-KOSMO! ONLINE.

The post 100 sukarelawan YBR bantu bersih, ceriakan Zoo Melaka appeared first on Kosmo Digital.