5 kawasan kekal IPU tak sihat di Sarawak

64861681 d4f7 4e0b 91d9 79fee9448c0a jerebu sarawak bernama 090826
Jerebu sarawak
Jerebu rentas sempadan dijangka terus menjejaskan 19 kawasan sarawak antaranya betong, bintulu, daro, julau dan kanowit, serian, sibu, simunjan, dan song. (gambar bernama)

KUCHING: Lima kawasan di Sarawak dilaporkan kekal merekodkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) pada tahap tidak sihat akibat jerebu rentas sempadan setakat 8 pagi ini, berbanding enam kawasan petang semalam.

Berdasarkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara, kawasan yang mencatat bacaan IPU tidak sihat ialah Kuching (153), diikuti Samarahan (156), Serian (170), Bintulu (156), dan Samalaju (151).

Semalam, Timbalan Premier Sarawak Douglas Uggah Embas dilaporkan berkata, jerebu rentas sempadan dijangka menjejaskan 19 kawasan di Sarawak dalam tempoh beberapa hari akan datang, dengan corak angin semasa membawa asap daripada titik panas di wilayah jiran ke negeri ini.

Beliau yang juga pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, berkata kawasan dikenal pasti ialah Betong, Bintulu, Daro, Julau, Kanowit, Kuching, Lundu, Marudi, Miri, Mukah, Pakan, Samarahan, Saratok, Serian, Sibu, Simunjan, Song, Sri Aman, dan Tatau.

Related Articles