
500 tan metrik sisa pukal banjir
JOHOR BAHRU – Sebanyak 500 tan metrik sisa pukal banjir dijangka dikutip dalam Operasi Pembersihan Pasca Banjir dari kawasan terjejas banjir membabitkan empat daerah di negeri ini.
Pengurus Besar Korporat SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment), Mohd. Norlisam Mohd. Nordin berkata, operasi itu melibatkan kawasan bandar raya Johor Bahru, Iskandar Puteri, Kulai, Kota Tinggi dan Kluang.
Beliau berkata, operasi yang membabitkan 200 tenaga kerja dan 40 kenderaan jentera telah bermula sejak Jumaat lalu.
Katanya, dalam tempoh lima hari operasi dijalankan, lebih 250 metrik tan sisa banjir seperti almari, katil dan tilam yang rosak telah dibersihkan di kawasan terjejas.
“Kita jangkaan sehingga hari Sabtu ini, anggaran kurang seminggu sebelum Syawal sebanyak 500 metrik tan sisa dapat dibersihkan.
“Kalau lihat dari segi pembersihan yang dijalankan dalam tempoh lima hari, kita berjaya mengutip 250 metrik tan sisa banjir dengan purata sehari 50 hingga 60 metrik tan,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika melihat perkembangan Operasi Pembersiahan Pasca Banjir di Villa Rose, Taman Tampoi Indah di sini, hari ini.
Mohd. Norlisam berkata, antara kawasan kutipan sisa yang tinggi adalah di Taman Tampoi Indah, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Mutiara, Kampung Seri Jaya dan Kampung Seri Serdang, Kampung Sepakat Jaya di Johor Bahru dan Kampung Sinaran Baru di Kulai. -KOSMO! ONLINE.
The post 500 tan metrik sisa pukal banjir appeared first on Kosmo Digital.