Jerebu: Johan Setia catat IPU tidak sihat 127
![]()
PETALING JAYA – Johan Setia merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) 127, sekali gus berada pada tahap tidak sihat setakat pukul 7.35 pagi ini.
Berdasarkan data Sistem Pemantauan Kualiti Alam Sekitar (eQMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Johan Setia merupakan satu-satunya lokasi di Selangor yang berada pada tahap tidak sihat ketika ini.
Bacaan 127 itu meletakkan Johan Setia di tangga keenam tertinggi selepas lima lokasi di Sarawak, iaitu Serian (171), Samarahan (157), Bintulu (156), Kuching (154) dan Samalaju (152).
Daripada keseluruhan 68 stesen pemantauan, sebanyak 60 stesen mencatat bacaan sederhana, dua pada tahap baik dan enam berada pada tahap tidak sihat.
Tiada stesen merekodkan bacaan pada tahap sangat tidak sihat atau berbahaya. – KOSMO! ONLINE
The post Jerebu: Johan Setia catat IPU tidak sihat 127 appeared first on Kosmo Digital.