‘Kami pun nak cuti, pekerja tak bernafas guna insang’

Jerebu kuala lumpur 1024x683 1

Jerebu kuala lumpur

PETALING JAYA – “Kami pun nak cuti, pekerja bukan bernafas guna insang.”

Itu antara luahan netizen yang mempersoalkan nasib golongan pekerja apabila kualiti udara merosot akibat jerebu sehingga Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah tahap tidak sihat.

Perkara itu menjadi perbualan hangat selepas pengguna Threads, @Nooraema mempersoalkan mengapa penutupan sekolah dilaksanakan apabila IPU melebihi paras tertentu, sedangkan golongan bekerja masih perlu meneruskan rutin seperti biasa.

“Jika IPU melebihi 200 sekolah akan cuti. Tetapi bagi yang bekerja, teruskan kerja sebab apa tuan-tuan dan puan-puan?

“Sebab kita menggunakan ‘insang’ untuk bernafas. Sekian,” tulisnya sinis.

Seorang pengguna, @N_nikk_ berseloroh, pekerja mungkin dianggap terselamat daripada jerebu kerana berada di dalam pejabat yang dilengkapi penghawa dingin.

“Kita duduk dalam pejabat tak kena jerebu sebab kita pakai penghawa dingin. Memang penghawa dingin itu sedut udara dari dalam laut,” selorohnya.

Sementara itu, @Ninakamila_ mempersoalkan sama ada hanya golongan pelajar dan generasi muda perlu ‘diselamatkan’ daripada kesan jerebu sedangkan pekerja turut terdedah kepada udara sama.

“Nak tanya, kes jerebu ini yang diselamatkan hanya Gen Z dan ke bawah sahaja ke? Kami yang millennials ini tidak perlu diselamatkan?

“Yalah, ikut laporan yang akan ditutup sekolah sahaja. Yang di pejabat bila mahu umum untuk tutup?” katanya.

Seorang lagi pengguna, @Mohamad1236362 berkata, kesihatan seseorang tidak seharusnya dibezakan berdasarkan status sama ada pelajar atau pekerja.

“Sekolah tutup sebab udara tak sihat, yang bekerja pula teruskan macam paru-paru ada mod ‘tahan lasak’. Kesihatan manusia tak kenal status pelajar atau pekerja,” katanya.

Dalam pada itu, @Shaarr_ii pula membangkitkan dilema ibu bapa bekerja apabila sekolah, taska atau tadika terpaksa ditutup akibat jerebu, namun mereka masih perlu hadir ke tempat kerja.

“Setiap tahun macam ini. Nanti sekolah, taska dan tadika terpaksa tutup tetapi ibu bapa tetap kena pergi kerja. Anak-anak kecil siapa nak jaga?

“Majikan pula kebanyakannya tidak memahami keadaan ini. Saya memang menunggu masa sahaja untuk melalui perkara ini juga,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Kami pun nak cuti, pekerja tak bernafas guna insang’ appeared first on Kosmo Digital.

Related Articles