Whatsapp image 2024 04 02 at 10. 33. 01 am 1024x768 1

Kes strok haba, Covid-19 terkawal di Selangor

Whatsapp image 2024 04 02 at 10. 33. 01 am

SHAH ALAM – Kes melibatkan strok haba dan Covid-19 di Selangor masih dalam keadaan terkawal setakat ini.

Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar negeri, Jamaliah Jamaluddin berkata, pihaknya sentiasa menjalin kerjasama erat dengan semua jabatan dan agensi kerajaan bagi memantau situasi itu.

“Pemerhatian mendapati kes (strok haba) kini masih lagi terkawal dan kita mempunyai kapasiti untuk mengambil tindakan segera.

“Selain itu, kes Covid-19 juga dalam keadaan sederhana sejak beberapa bulan ini,” katanya ketika ditemui pada majlis Iftar bersama pengamal media di sini, malam tadi.

Pemantauan Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ini mendapati 28 kes penyakit berkaitan haba dilaporkan sehingga 25 Mac lalu.

Ia melibatkan 19 kes kelesuan haba dan sembilan kes strok haba manakala tiada kes kejang haba dilaporkan. -KOSMO!ONLINE

The post Kes strok haba, Covid-19 terkawal di Selangor appeared first on Kosmo Digital.