Whatsapp image 2024 01 14 at 3. 34. 02 pm 1024x702 1

Kompaun sehingga RM500 jika buang sampah merata-rata di Kelantan

Whatsapp image 2024 01 14 at 3. 34. 02 pm

KUALA KRAI: Kerajaan Kelantan akan mengenakan kompuan sehingga RM500 kepada mana-mana individu yang ‘ditangkap’ membuang sampah merata-rata bermula tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Hilmi Abdullah berkata, nilai kompaun maksimum itu melibatkan kawasan yang dikategorikan sebagai Zon Bersih, Indah dan Ceria.

Menurutnya, setiap jajahan di negeri ini mempunyai satu lokasi yang berada dibawah kategori tersebut.

“Insya-Allah jumlah itu (Zon Bersih, Indah dan Ceria) akan ditambah secara berfasa pada masa akan datang.

“Peraturan itu sebenarnya sudah termaktub dalam undang-undang kecil namun ia belum dikuatkuasakan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Taman Tema Air Kuala Krai bersebelahan Mini Zoo Kuala Krai di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guchil itu memberitahu, sebelum ini kerajaan negeri telah melaksanakan kempen Kelantanku Bersih selama dua penggal.

Katanya, melalui kempen itu rakyat sudah mengetahui hasrat kerajaan untuk membina negeri ke arah lebih bersih.

“Oleh itu, kita melihat sudah sampai masanya kompuan dikenakan kepada mereka (individu) yang masih lagi ingkar dengan membuang sampah merata-rata.

“Ini adalah kaeadah terbaik untuk memberi pengajaran dan mendidik individu supaya tidak berbuat demikian.  Saya percaya jumlah mereka (individu) yang degil adalah sedikit,” ujarnya.

Hilmi berkata, kompuan tersebut merupakan salah satu penghargaan kepada mereka yang suka kepada kebersihan.-UTUSAN

 

The post Kompaun sehingga RM500 jika buang sampah merata-rata di Kelantan appeared first on Utusan Malaysia.