12012024 komuniti 3

Pelajar UPM bersihkan Sungai Klang

12012024 komuniti 3

SERAMAI 30 orang pelajar Kelab Pembangunan Insaniah (INSAN), Universiti Putra Malaysia (UPM) di bawah kelolaan Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) telah menganjurkan Program World Clean Up Day 2.0 di Pengkalan Nelayan, Kampung Sungai Sireh Tambahan 2, Pelabuhan Klang, baru-baru ini.

Program hasil kerjasama strategik antara UPM, Majlis Sukarelawan Universiti Malaysia (MASKUM), Selangor Maritime Gateway (SMG) By Landasan Lumayan Sdn. Bhd. dan komuniti setempat telah dianjurkan sebagai inisiatif untuk menjaga dan memelihara kebersihan kawasan Sungai Klang.

Program yang berpaksikan elemen kelestarian alam ini diadakan bagi membantu kawasan Sungai Klang sentiasa bersih dari sampah yang kerap kali memenuhi kawasan tersebut ketika air pasang dan surut.

Sebanyak 120 kilogram sampah berjaya dikumpul hasil aktiviti pembersihan ini.

Program ini juga membuka laluan kepada pelajar UPM untuk mengasah kemahiran insaniah melalui sumbangan signifikan kepada aspek pemuliharaan alam sekitar berpaksikan motto UPM ‘Berilmu Berbakti’.

The post Pelajar UPM bersihkan Sungai Klang appeared first on Utusan Malaysia.