Whatsapp image 2024 05 28 at 12. 54. 17 pm 1024x682 1

Pelaksanaan MSMA secara efektif perlu libat semua pihak – TPM

Whatsapp image 2024 05 28 at 12. 54. 17 pm

PUTRAJAYA – Datuk Seri Fadillah Yusof menekankan kerjasama antara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta pemaju amat penting dalam melaksanakan Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) secara efektif.

Timbalan Perdana Menteri berkata, melalui usaha bersama dan penggunaan MSMA sebagai panduan utama, ia bukan sahaja dapat memperkukuhkan pengurusan banjir kilat, malah menjaga alam sekitar dan memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti.

Jelasnya, semua pihak terlibat untuk memastikan pelaksanaan MSMA dapat diperkukuh dan dikuatkuasakan melalui langkah undang-undang yang sewajarnya.

“Bila kita kata transformasi ini yang kita nak lihat bukan sahaja MSMA yang sedia ada, tetapi bagaimana kita nak pertingkatkan lagi dan beri kesedaran betapa pentingnya pematuhan.

“Di Malaysia, kalau kita lihat cabarannya terdapat pembangunan haram yang dibuat tanpa merujuk kepada pihak berkuasa tempatan (PBT), ini yang kadang kala menjejaskan,” katanya menerusi sidang akhbar selepas merasmikan National Conference on Stormwater Management (SWaM) 2024 di sini hari ini.

MSMA adalah prasyarat untuk kelulusan pelan pembangunan melibatkan infrastruktur saliran yang menjadi fokus utama dalam menangani masalah banjir jangka panjang dan menjimatkan perbelanjaan kerajaan dalam pembendungan banjir. – KOSMO! ONLINE

The post Pelaksanaan MSMA secara efektif perlu libat semua pihak – TPM appeared first on Kosmo Digital.