Pembenihan awan di Sarawak, Kedah, Perlis bermula Khamis

Whatsapp image 2026 09 01 at 12. 50. 35 pm 1024x709 1

Whatsapp image 2026 09 01 at 12. 50. 35 pm

SHAH ALAM: Operasi Pembenihan Awan (OPA) akan dilakukan bermula Khamis ini, susulan situasi jerebu yang semakin buruk khususnya di Sarawak sehinggakan terdapat beberapa kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) hampir 500.

Kerjasama antara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu akan melibatkan Sarawak, Perak dan Perlis bermula 3 hingga 5 September ini.

Antara kawasan yang dikenal pasti ialah Empangan Batang Ai, Bakun, Murum, Bengoh, Gerugu, Assyakirin Sika dan Matang di Sarawak.

Di Kedah; Empangan Pedu, Muda, Ahning dan Beris manakala di Perlis pula melibatkan Empangan Timah Tasoh.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Nadma meminta MetMalaysia memberikan nasihat supaya lokasi operasi OPA dapat ditumpukan di kawasan yang berada pada tahap bahaya, agar luruan angin membawa awan ke sasaran.

“Ada kawasan di Sarawak yang bacaan IPU hampir mencapai 500. Apa yang akan dilakukan oleh Nadma bersama-sama MetMalaysia dan juga TUDM, kita akan melakukan pembenihan awan sesegera mungkin.

“Kita lakukan koordinasi ini dalam kadar segera kerana kita berasakan bahawa Sarawak wajib dibantu kerana kebakaran di Kalimantan itu merebak terlalu luas dan menjejaskan kira-kira tiga perempat daripada wilayah di negeri tersebut,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Konvensyen Belia Desa di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, Kerajaan Persekutuan turut bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Sarawak terutamanya Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Unggah Embas untuk melakukan pemantauan perkembangan terkini jerebu di seluruh negeri.

Setakat pukul 12 tengah hari tadi, enam kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan IPU melebihi tahap bahaya dengan Serian merekodkan bacaan 396, Kuching (389), Samarahan (357), Sarikei (346), Sri Aman (343) dan Sibu (330).

Tiga lagi kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan pada paras sangat tidak sihat iaitu Bintulu dengan bacaan 242, Mukah (241) dan Samalaju (237).-UTUSAN

The post Pembenihan awan di Sarawak, Kedah, Perlis bermula Khamis appeared first on Utusan Malaysia.

Related Articles