Nik nazmi 1024x682 1

Peruntukan RM100 juta bangunkan 40 Kampung Angkat Madani

Nik nazmi

KOTA BHARU – Kerajaan memperuntukkan dana sebanyak RM100 juta untuk membangunkan 40 buah kampung sebagai Kampung Angkat Madani.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kampung-kampung tersebut dipilih agar kerajaan dapat memfokuskan pnambahbaikan perkhidmatan asas seperti jalan kampung, bekalan air, elektrik dan capaian internet.

Menurutnya, sebanyak empat buah Kampung Angkat Madani dipilih di Kelantan iaitu Kampung Pasir Pekan Tengah (Tumpat), Kampung Batu Papan (Gua Musang), Kampung Jenal (Kuala Krai) dan Kampung Aril (Ketereh).

“Ini memanfaatkan rakyat setempat di kampung terlibat. Kita mahu selesaikan keperluan asas terlebih dahulu,” katanya selepas merasmikan Forum Profesional Anak Kelantan 2024 di Hotel Perdana, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

The post Peruntukan RM100 juta bangunkan 40 Kampung Angkat Madani appeared first on Kosmo Digital.