Pesawat terhempas belakang rumah, 3 cedera

Pesawat terhempas rumah ragam

Pesawat terhempas rumah ragam

PHOENIX, ARIZONA – Sekurang-kurangnya tiga orang cedera selepas sebuah pesawat ringan terhempas di halaman belakang sebuah rumah, lapor akhbar New York Post. 

Kejadian berlaku di sebuah kejiranan di utara bandar Phoenix, negeri Arizona  semalam. 

Pesawat jenis Piper PA-28 itu terhempas selepas  mengalami masalah teknikal semasa cuba berpatah balik ke Lapangan Terbang Deer Valley  pukul 7.30 pagi (waktu tempatan). 

Dua buah rumah rosak dalam nahas itu. 

Kedua-dua mangsa dikenal pasti sebagai jurulatih penerbangan dan pelajar yang berada dalam pesawat, manakala penghuni salah sebuah rumah turut cedera 

Ketiga-tiga mangsa dibawa ke hospital dan dilaporkan stabil.

Beberapa kediaman dikosongkan ketika pihak berkuasa membersihkan tumpahan minyak di tempat kejadian. 

Nahas disiasat Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA). – AGENSI

 

The post Pesawat terhempas belakang rumah, 3 cedera appeared first on Kosmo Digital.

Related Articles