SAM sambut baik keputusan kerajaan henti beri lesen pelanggaran, pelihara kualiti udara negara

Page1 utu pj jerebu 1b

Page1 utu pj jerebu 1b

KUALA LUMPUR: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyambut baik keputusan kerajaan untuk tidak lagi memberi lesen pelanggaran di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 (PUB 2014) berkuat kuasa serta-merta bagi memastikan penguatkuasaan penuh peraturan itu bermula 1 Jan 2027.

Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM), Meena Raman berkata, ini selaras dengan komitmen untuk memelihara kualiti udara negara demi kesejahteraan dan kesihatan awam.

Katanya, semua pihak harus mematuhi undang-undang Udara Bersih dan menjamin kualit udara demi kebaikan kesihatan dan kesejateraan awam.

“Hak asasi untuk udara bersih dan sihat bagi setiap rakyat mesti diperlihara.

“Masalah jerebu dan juga udara kotor membawa kesusahan kepada rakyat, seperti penutupan sekolah, kenaikan kes penyakit asma dan respiratori dan sebagainya.

“Semua pihak perlu mengambil langkah-langkah untuk menjaga alam sekitar termasuk menjamin udara bersih,” katanya hari ini.

Sebelum ini, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, permohonan baharu Lesen Pelanggaran di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 (PUB 2014) tidak lagi dipertimbangkan berkuat kuasa serta-merta bagi memastikan penguatkuasaan penuh peraturan itu bermula 1 Jan 2027.

Arthur berkata, keputusan itu bertujuan memastikan komitmen berterusan kementerian melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam memelihara kualiti udara negara demi kesejahteraan dan kesihatan awam.

PUB 2014 adalah Peraturan bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) yang dikuatkuasakan sejak 5 Jun 2014 bagi menggantikan PUB 1978, yang menetapkan semua industri yang tertakluk perlu mengawal pelepasan bahan pencemar mengikut nilai batas dan standard teknikal ditetapkan.

Arthur berkata, kerajaan sudah memberi tempoh peralihan selama lima tahun hingga 5 Jun 2019, diikuti beberapa siri pelanjutan tambahan bersyarat susulan permohonan pelbagai sektor industri yang masih gagal mematuhi peraturan itu.

Mengulas lanjut, Meena berkata, perkara Ini adalah taggungjawab semua dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) perlu bertindak tegas dan tidak membenarkan sebarang pelanggaran undang-undang. – UTUSAN

The post SAM sambut baik keputusan kerajaan henti beri lesen pelanggaran, pelihara kualiti udara negara appeared first on Utusan Malaysia.

Related Articles