Selangor adakan mesyuarat khas teliti pengharaman vape

KLC ROKOKELEKTRONIKVAPE002 1024x681 1

KLC ROKOKELEKTRONIKVAPE002 scaled 1

SHAH ALAM – Satu mesyuarat khas bersepadu akan diadakan dalam tempoh terdekat bagi meneliti keperluan pengharaman penjualan rokok elektronik (vape) di Selangor.

Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor, Jamaliah Jamaluddin berkata, perbincangan itu akan dilakukan pihaknya bersama Pejabat Menteri Besar dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).

“Kerajaan negeri sedang meneliti secara menyeluruh keperluan mengharamkan penjualan vape di Selangor seperti dinyatakan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari baru-baru ini.

“Kita memandang serius isu ini dan akan memastikan pandangan semua pihak berkepentingan diambil kira sebelum sebarang keputusan dibuat,” katanya hari ini.

Kosmo! pada 18 April lalu melaporkan kerajaan negeri akan meneliti cadangan pengharaman vape yang menjurus kepada penyalahgunaan dadah sintetik termasuk ‘fentanyl’ atau dadah zombie.

Mengulas lanjut, kata Jamaliah, Kementerian Kesihatan (KKM) dan JKNS berperanan penting antaranya mengawal selia pendaftaran, penjualan dan penguatkuasaan kawasan larangan merokok dan vape mengikut Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852)

“Bagi peringkat kerajaan negeri, lesen perniagaan dikawal selia oleh PBT dan buat masa ini, lesen yang dikeluarkan khusus bagi penjualan peralatan elektronik, bukan untuk rokok elektronik atau cecair vape.

“Perbincangan turut dijangka melibatkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi mendapatkan gambaran menyeluruh dari aspek penguatkuasaan, perundangan dan kesan terhadap sosio ekonomi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post Selangor adakan mesyuarat khas teliti pengharaman vape appeared first on Kosmo Digital.

Related Articles