Whatsapp image 2024 01 15 at 15. 59. 51 7c3898ac 1024x768 1

Sunview meterai perjanjian projek tenaga solar berkapasiti 500MWac

Whatsapp image 2024 01 15 at 15. 59. 51 7c3898ac

PETALING JAYA – Anak syarikat Fabulous Sunview Sdn. Bhd. (Sunview) telah memeterai perjanjian perniagaan strategik bersama rakan kongsi perniagaan dari Kemboja, hari ini.

Objektif perjanjian tersebut adalah untuk mempromosi serta membangunkan dan menguruskan projek tenaga solar dengan jumlah kapasiti 500 megawatt arus ulang-alik (MWac) di sebuah tanah seluas kira-kira lapan kilometer persegi di wilayah Tboung Khmum.

Menurut Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Sunview, Ong Hang Ping, pihaknya telah memperoleh Kontrak kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pengoperasian (EPCC) secara eksklusif untuk projek infrastruktur solar berkenaan.

“Kami sangat teruja kerana dengan kerjasama ini, kami dapat meluaskan jangkauan geografi melangkaui pasaran tempatan.

“Bukan itu sahaja, kerjasama ini juga melangkaui usaha perniagaan semata-mata. Ia turut membuktikan komitmen kami terhadap penggunaan tenaga hijau dan mampan.

“Bagi kami, kelestarian bukan tanggungjawab kerajaan semata-mata, ia memerlukan usaha kolektif daripada kita semua,” ujarnya ketika berucap di Majlis Menandatangani Perjanjian Antara Rakan Stategik Kemboja Dan Sunview Sdn. Bhd. bertempat di Hotel Dorsett Grand Subang di sini, hari ini.

Pemeteraian perjanjian itu turut disaksikan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Tambah Ong, beliau optimis kerjasama tersebut bakal membuahkan hasil yang bermakna dan dapat menyumbang secara positif terutamanya terhadap alam sekitar dan komuniti yang terlibat.

“Sumber tenaga yang besar itu bukan sahaja bertujuan untuk keperluan harian rakyat tetapi juga untuk memangkin pembangunan ekonomi di rantau tersebut.

“Kami juga sangat berbangga dengan peranan kami sebagai rakan kongsi wilayah Tboung Khmum dan dapat bekerja secara kolaboratif untuk mempercepatkan peralihan kepada sumber tenaga boleh diperbaharui di wilayah tersebut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Sunview meterai perjanjian projek tenaga solar berkapasiti 500MWac appeared first on Kosmo Digital.