Tangan pelajar cedera terkena tumpahan merkuri

De355490 fbba 42dd 8afc d05e59b25df7

De355490 fbba 42dd 8afc d05e59b25df7

DUNGUN – Seorang pelajar perempuan tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Besi, di sini, cedera pada bahagian tangan akibat terkena tumpahan merkuri sewaktu mengikuti kelas Kimia di makmal sains sekolah itu hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 1.34 tengah hari itu, mangsa yang cedera ringan segera dikejarkan ke sebuah klinik berhampiran oleh gurunya.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Al Muktafi Billah Shah, Kama Suhaimi Abdullah berkata, enam anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat berhubung tumpahan merkuri berkenaan.

“Tumpahan merkuri berlaku selepas sebatang termometer dikatskan terjatuh lalu pecah di atas meja di makmal sains.

“Sisa merkuri telah tersebar kira-kira 0.6 meter persegi. Pihak sekolah telah mengambil tindakan awal dengan menabur serbuk sulfur bagi mengurangkan risiko pencemaran merkuri,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Kama Suhaimi berkata, sisa merkuri tersebut kemudiannya berjaya dikumpulkan untuk dilupuskan oleh anggota bomba bertugas. – KOSMO! ONLINE

The post Tangan pelajar cedera terkena tumpahan merkuri appeared first on Kosmo Digital.

Related Articles